15 June 2013

Petisyen PRU-13 Akan Dedahkan Pembohongan PR

Pakatan Rakyat hari ini dilaporkan akan memfailkan 35 petisyen iaitu 25 kawasan yang dimenangi parti itu dan 10 kawasan yang dimenangi Barisan Nasional.  Kos keseluruhan dianggarkan berjumlah sehingga RM1.5 juta. 


Nampaknya, keputusan untuk memfailkan petisyen ini diambil setelah siri Himpunan 505 masih tidak berjaya memberi impak besar, jauh sekali menjatuhkan kerajaan.   Akhir-akhir ini, PR dilihat merasa tertekan diketawakan rakyat kerana hanya mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwat tidak kekal walaupun beria-ia menuduh penipuan melalui gangguan elektrik dan pengundi hantu. 

Petisyen ini dijangka mengembalikan maruah PR yang sudah ketandusan isu untuk dijadikan bahan dalam ucapan di himpunan-himpunan anjuran mereka. 

Walaubagaimanapun, kita sangsi yang petisyen ini mampu memberi keuntungan politik kepada PR, sebaliknya ia dilihat sebagai perangkap yang bakal memakan tuannya.   

Apabila petisyen difailkan, ia akan memaksa pihak berkuasa menyiasat secara terperinci proses pengundian termasuk kempen dan rangkaian kejadian sebelum mahupun selepas pengundian.  Dengan itu, kita berharap agar segala tandatanya rakyat mengenai sumber kewangan PR akan turut terjawab. 

Ramai yang tertanya-tanya, dari mana datangnya wang PR untuk menampung kos kempen yang begitu mewah.  Sudahlah sepanjang penggal asyik berkempen yang pastinya menelan begitu banyak belanja, sepanjang tempoh kempen PRU pula masih lagi mampu mengeluarkan belanja yang berlipat ganda lagi banyaknya.  Kita bukan sahaja bercakap tentang bahan-bahan biasa seperti poster, risalah dan ceramah yang tidak kunjung henti tetapi juga penggunaan helikopter, bas khas, jet peribadi, pengawal peribadi dan berbagai-bagai lagi belanja sampingan termasuk mengupah wartawan dan pelobi asing untuk memaparkan gambaran buruk terhadap kerajaan Malaysia.   Tidak lupa juga belanja tidak perlu seperti beribu-ribu bendera kecil berwarna-warni yang ‘dihias’ di tepi-tepi jalan di kawasan-kawasan tertentu.   Ini belum lagi dikira jentera propaganda yang 24 jam kerjanya mengutuk kerajaan dan menabur fitnah. 

Apa yang lebih menarik ialah bukan semua kawasan yang dipertanding PR memperlihatkan kemewahan yang sama, sebaliknya hanya tempat-tempat tertentu yang jelas menerima peruntukan lebih.  Antaranya, Lembah Pantai, Permatang Pauh, Gombak, Ampang, Bandar Tun Razak, Gelang Patah, Alor Setar, Bagan dan Kota Bharu.   Selebihnya, calon PR dikhabarkan menerima peruntukan sekadar cukup untuk bahan yang perlu sahaja. 

Kita berharap agar petisyen ini mampu menjawab persoalan tentang dari mana datangnya pengundi Cina yang begitu ramai di bandar-bandar besar sehingga membawa kepada kemenangan DAP dengan majoriti yang ‘memkagumkan’?   Kita ingin tahu, apakah terdapatnya pengundi hantu di kalangan kaum Cina? 

Kita juga ingin pendedahan dibuat mengenai tingkahlaku agen PR dalam menjalankan tanggungjawab mereka sepanjang waktu bertugas. Kenapa mereka tidak mengambil tindakan sekiranya benar terdapat penipuan?  Atau apakah mereka sendiri yang menipu?  Begitu juga dengan bagaimana mereka menangani isu undi rosak akibat dakwat terlekat di kertas undi. 

Selain itu, kita ingin mendengar bagaimana PR dengan sengaja menyerbu pengundi yang telah 30 tahun menetap di Taman Cempaka dan menuduh mereka sebagai pengundi hantu.  Atau bagaimana pos di Facebook hos Astro AEC, Gan Jiang Han mengenai gangguan elektrik di Bentong mendapat 73,576 ‘like’ dalam sekelip mata seolah-olah semua orang sedang menunggu pos tersebut.  Kita juga ingin tahu kenapa kemudiannya, ADUN DAP Ketari Lee Chin Chen DAP Bilut, Chow Yu Hui sendiri menafikan berlakunya gangguan elektrik di Bentong ketika proses pengundian dan mengira undi.  Siapakah yang menipu?  Kedua ADUN DAP itu atau Gan?

Kita juga ingin melihat di mana Anwar mendapat bukti terdapatnya 40,000 pengundi hantu dari Bangladesh seperti yang didakwanya di dalam ceramah-ceramah sebelum PRU dan juga bukti di manakah tempat mereka-mereka ini mengundi serta di manakah mereka pada ketika ini. 

Apa yang pasti, petisyen yang bakal difailkan ini haruslah bukan sekadar mempersoalkan  dakwat yang tidak kekal kerana ia telah pun diakui sebagai kelemahan, bukan penipuan.   Tetapi, ia haruslah merangkumi semua tuduhan PR terutamanya 2 perkara pokok yang dibangkitkan mereka iaitu kewujudan pengundi hantu dan juga gangguan bekalan elektrik.  

Tanpa kedua isu ini menjadi asas petisyen tersebut, maka PR dengan sendirinya terbukti menipu dan hanya mereka-reka cerita. 

Jangan lupa bahawa petisyen ini membawa kos sehingga RM1.5 juta. 

Justeru, rakyat tidak mahu mendengar kes remeh mengenai satu dua kes terpencil yang tidak membawa signifikan dari segi keputusan pengiraan undi di satu-satu kawasan semata-mata.  Sebaliknya, ia haruslah mempunyai impak kepada keseluruhan keputusan PRU-13. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...