07 June 2013

Institusi Raja Dihina, Sampai Bila Kerajaan Ingin Bersabar Dengan Anjing Derhaka??




Ekoran penahanan seorang suspek wanita yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong melalui tulisan di Facebook, MP PKR, Gooi Hsiau Leung terpaksa menyalak seorang diri bagi menarik perhatian rakyat khususnya masyarakat Cina.


Wakil rakyat baru yang mewakili kerusi Alor Setar itu mengatakan tindakan pihak berkuasa menahan wanita tersebut merupakan satu penyalahgunaan kuasa kerana merasakan komen yang dikeluarkan itu hanya merujuk kepada ucapan Agong dan bukannya ke atas mana-mana individu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Abdul Aziz Zakaria sebelum ini dilaporkan telah mengeluarkan kenyataan berhubung penangkapan seorang suspek yang dikenali sebagai Melissa Gooi. Polis turut memaklumkan, pihaknya masih menunggu empat lagi rakan suspek yang dikenali sebagai Wee Nee Tan, Shuh Chien Loo, Hun Keat Wong dan Carol Tay untuk tampil memberi keterangan atas dakwaan yang sama.

Manakala pihak SKMM pula mengatakan siasatan terhadap wanita itu dijalankan bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan juga boleh didakwa bawah Akta Hasutan 1948. Kesemua mereka sebelum ini dilaporkan telah menggunakan media sosial Facebook untuk mengeluarkan komen-komen yang secara terbuka menghina Yang di-Pertuan Agong.


Selain dari mereka-mereka yang dinyatakan di atas, beberapa portal dan blogger turut mendedahkan mengenai kebiadaban sekumpulan remaja berbangsa Cina yang mempersoalkan ‘Who is AGONG? AGONG is for what? Dan melalui komen-komen yang dibaca, mereka secara jelas telah mempersendakan sebuah institusi tertinggi negara.

Isu penghinaan kepada institusi ini bukanlah merupakan satu perkara yang baru, dan mengikut rekod di dalam tahun ini sahaja dilaporkan tidak kurang dari 10 kes melibatkan penghinaan, cercaan, caci-maki dan sebagainya. Ia semakin menjadi-jadi bilamana pimpinan pembangkang dilihat menjadi pencetus kepada gejala kurang ajar ini.

Sebagai contoh, pasti ramai masih ingat kenyataan biadab yang dikeluarkan oleh Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham yang mengeluarkan kenyataan menghina institusi Diraja Johor. Atas nama polity dan kebebasan bersuara dia mempertikaikan tindakan MCA yang dikatakan tunduk kepada Sultan. Kenyataan yang dikeluarkan melalui twitter pada 15 Mei yang lalu itu secara jelas cuba menyerang dan mengheret institusi Diraja itu ke kancah politik sempit mereka.

Itu belum lagi diambil kira dengan laporan yang dikeluarkan oleh portal pro-pembangkang seperti Malaysiakini yang sering kali menjadi media online pertama melaporkan isu-isu yang dibangkitkan ini. Malah setiap kali mereka melaporkan mengenai isu ini pasti kelihatan para pencacai yang terdiri daripada ‘Red Bean Army’ yang akan segera memenuhkan ruangan komen dengan kata-kata kesat dan nista.

Budaya yang suatu ketika dahulu begitu asing dan sensitif untuk diperkatakan, seakan menjadi satu perkara biasa buat pakatan pembangkang dan pencacai mereka. Sekiranya diambil tindakan pasti akan muncul ‘anjing-anjing’ yang menyalak membela perbuatan tersebut. Ditambah dengan elemen simpati, mereka yang kurang ajar ini akan dijulang tinggi seperti seorang ‘hero’ ekoran keberanian yang ditunjukkan.

Objektif mereka hanya satu, iaitu membudayakan perbuatan memaki hamun institusi diraja, dengan harapan suatu hari nanti institusi tertinggi negara ini tidak lagi menjadi relevan sekali gus dimansuhkan untuk memudahkan perancangan mereka menukar corak dan sistem pemerintah negara kepada republik.

Malah penulis amat bersetuju dengan gesaan yang dibuat oleh Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Noor Abdullah yang mencadangkan agar Akta Derhaka diwujudkan bagi membendung penularan gejala menghina institusi diraja yang semakin serius kebelakangan ini.

Beliau turut mencadangkan agar hukuman minimum kepada pesalah jenayah menderhaka kepada raja itu nanti mestilah ditetapkan tidak kurang daripada dua tahun penjara. Katanya, undang-undang derhaka kini terletak di bawah cabang Akta Hasutan 1948 sedangkan perbuatan menghasut dan menderhaka adalah dua perkara yang berbeza.

Kesimpulannya sistem pentadbiran negara yang mengamalkan konsep raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen dilihat telah berjaya diadun dengan baik selama lebih 55 tahun. Manakala perubahan perspektif mungkin berlaku, atas beberapa faktor seperti perubahan masa dan persekitaran. Namun apa yang penting kedudukan pemerintahan beraja sebagai pengimbang kepada sistem pentadbiran dan pengurusan negara yang dipimpin rakyat sewajarnya terus kekal dan dipertahankan bersama.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...