Mungkin kerana khuatir dijadikan sebagai
‘kambing hitam’ dari kepimpinan DAP pusat ahli parlimen Bakri, Er Teck Hwa
terpaksa mengeluarkan kenyataan bertulis bagi menjelaskan tindakannya yang
menghadiri majlis taklimat untuk ahli parlimen hari ini. Teck Hwa pagi semalam menjadi
wakil tunggal dari pakatan pembangkang yang menghadiri majlis tersebut yang
turut dihadiri oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sir Pandikar Amin Mulia.
Majlis taklimat yang diadakan itu antara
lainnya bertujuan untuk menerangkan mengenai prosedur dan perjalanan
persidangan Dewan Rakyat dan kemudahan yang disediakan kepada ahli dewan.
Selain menentukan tempat duduk ia bagi memudahkan ahli-ahli Dewan Rakyat dalam
urusan penyediaan kad pengenalan ahli parlimen dan urusan tempahan untuk baju
rasmi.
Hanya seorang dari 89 ahli parlimen pakatan
pembangkang yang hadir dalam sesi taklimat tersebut. Manakala selebihnya
mengambil keputusan untuk memulaukan majlis tersebut kononnya sebagai bantahan
ekoran kekalahan yang memalukan kerana ditolak oleh majoriti rakyat dalam pilihan
raya umum yang lalu.
Menurut Teck Hwa pihaknya hanya
mengetahui mengenai perkara itu melalui laporan media dan mendakwa tidak
menerima sebarang arahan mahupun notis rasmi daripada Jawatankuasa Pusat untuk
memulaukan majlis pada pagi itu sama ada melalui SMS (khidmat pesanan ringkas)
ataupun e-mail.
“Kebiasaannya sebarang arahan
daripada Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) akan diberikan dalam dua kaedah iaitu SMS dan e-mel. Jika tidak, ia tidak akan dianggap sebagai suatu perintah dan terpulang kepada individu untuk membuat keputusan” katanya
melalui kenyataan media yang dikeluarkan petang tadi.
Ahli parlimen Bakri itu turut
menjelaskan disebabkan tiada arahan rasmi yang diterima dia akhirnya membuat
keputusan untuk menghadiri majlis yang diadakan itu. Ini kerana menurutnya, bertujuan
untuk memudahkan dirinya agar lebih memahami peraturan dan maklumat terkini
bagi menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.
Paling menyedihkan, hanya kerana hadir
majlis taklimat tersebut, Teck Hwa terpaksa melutut memohon maaf kerana dilihat
telah cuba bertindak membelakangkan keputusan pakatan pembangkang.
"Ini merupakan kesalahan saya…Saya
dengan tulus hati ingin memohon maaf atas tindakan yang tidak sepatutnya itu
dan dengan rendah hati menerima apa-apa tindakan disiplin yang mungkin
dikenakan ke atas saya,” katanya.
Speker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar
Amin Mulia ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut mengatakan
ketidakhadiran ahli-ahli parlimen pembangkang hanya akan merumitkan urusan
mereka sebagai ahli parlimen.
"Kita mengamalkan demokrasi. Orang yang datang, datang. Yang tidak datang, tidak datang. Saya menganggap semua yang tidak hadir mempunyai alasan mereka tersendiri dan bukan untuk memboikot," katanya dalam sidang media selepas sesi taklimat tersebut.
Walaupun Speaker cuba untuk bersangka
baik terhadap tindakan biadab ahli parlimen pakatan pembangkang, namun rakyat
seharusnya boleh menilai akan mentaliti sebenar Anwar yang masih tidak dapat
menerima hakikat sebenar. Walau apa pun alasan yang cuba diberikan, ramai
pemerhati politik melihat tindakan bekas Ketua Pembangkang itu bertujuan untuk
mengalihkan tumpuan masyarakat yang sebelum ini mengesannya untuk mengotakan
janji yang pernah dibuat sebelum ini.
Anwar ketika program ceramah jelajah ‘Merdeka Rakyat’ yang dilakukan
sepanjang tempoh berkempen dalam pilihanraya yang lalu, berulang kali
menegaskan akan melepaskan semua jawatan politiknya sekiranya gagal
menumbangkan kerajaan Barisan Nasional. Malah menurutnya lagi sekiranya rakyat
masih gagal memberikan sokongan kepadanya sebagai Perdana Menteri, dia akan
menumpukan perhatian sebagai pensyarah di universiti luar negara dan hanya akan
menyokong parti dari belakang.
Namun seperti diduga,
ahli parlimen Permatang Pauh itu sekali lagi bertindak menipu dan mengkhianati perjanjian
lisan yang dibuat bersaksikan para pengikutnya itu. Apa yang ingin dihairankan,
kerana sebagai Bapa Munafik Negara sejarah perjalanan politiknya selama ini
telah membuktikan, makhluk bernama Anwar Ibrahim ini akan menipu siapa sahaja
baik kawan mahupun musuh.
No comments:
Post a Comment