Seperti yang diduga, parti DAP pasti ‘panas punggung’ dengan kenyataan Menteri
Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang memaklumkan kerajaan
kini sedang menimbang untuk mengambil pendekatan yang dilaksanakan negara Singapura pada minggu lalu
untuk mengawal portal berita.
Ahmad Shabery berkata kerajaan sedang
menjalankan kajian untuk membolehkan pelaksanaannya tidak bertentangan dengan
prinsip sedia ada.
Ekoran kenyataan tersebut, Ketua Menteri
Pulau Pinang yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tampil
membuat kenyataan menzahirkan pendirian parti ‘ultra kiasu’ itu. Guan Eng semalam mengecam tindakan yang bakal
diambil itu dengan menggunakan hujah kononnya ia melanggar Akta Jaminan Koridor
Raya Multimedia (MSC) yang menjamin tiada penapisan internet.
"DAP kesal apabila menteri
komunikasi dan multimedia yang baru dilantik Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
memulakan penggalnya dengan memungkiri janji BN sebelumnya untuk tidak menapis
Internet, apabila mahukan kawalan ke atas portal atas talian” katanya seperti
yang dilaporkan semalam.
Kerajaan Singapura sebelum ini
memutuskan untuk menguatkuasakan peraturan tersebut mulai Sabtu ini di mana
laman web yang mempunyai 50,000 pelawat dari Singapura setiap bulan dan
menghasilkan sekurang-kurangnya satu artikel tempatan seminggu mesti memperoleh
lesen tahunan daripada Lembaga Pembangunan Media (MDA) negara itu.
Sebuah agensi berita antarabangsa memetik kenyataan MDA menghendaki laman web yang diberi lesen itu mengeluarkan bahan larangan seperti artikel yang boleh menjejaskan keharmonian agama dan kaum daripada laman web dalam tempoh 24 jam setelah dimaklumkan oleh pihak berkuasa. Laman web yang dilesenkan itu perlu menyediakan S$50,000 sebagai jaminan bon.
Persoalannya mengapakah Guan Eng tiba-tiba
melenting tidak keruan? Bukankah DAP selaku ‘anak kelahiran’ PAP (parti pemerintah di Singapura), sering menuntut
dan menjadikan negara jiran itu sebagai contoh dalam semua hal? Mengapa secara
tiba-tiba apabila kerajaan ingin mengambil langkah yang serupa, cadangan
tersebut ditentang?
Jawapannya mudah, ini kerana DAP sedar
dengan kawalan tersebut bakal menyebabkan portal-portal tajaan mereka berdepan
dengan keadaan yang sukar. Sekiranya kerajaan bersetuju dengan cadangan untuk
menguatkuasakan undang-undang tersebut, media propaganda DAP akan berdepan
dengan situasi yang sukar.
Ia secara tidak langsung akan menyebabkan,
rakyat tidak lagi dihidangkan dengan laporan yang berbaur sentimen, propaganda,
mewujudkan sentimen kebencian dan sebagainya seperti yang sering dilakukan sebelum
ini. Malah penentangan Guan Eng ini, secara tidak langsung memberikan satu
persepsi bahawa portal pembangkang memang sering melakukan perkara-perkara yang
menyalahi undang-undang.
Tambahan pula, dengan kegagalan portal
pembangkang melaporkan pelbagai berita yang bersifat seperti yang dinyatakan tadi,
akan menyukarkan ‘pencacai’ upahan DAP
‘Red Bean Army’ untuk memainkan
peranan. Ini kerana tiada lagi komen-komen yang bertujuan untuk mewujudkan
persepsi kononnya majoriti rakyat menyokong gerakan pakatan pembangkang.
Padanlah Guan Eng seperti cacing kepanasan
tatkala kerajaan memaklumkan untuk mengkaji pendekatan yang dilaksanakan oleh
Singapura itu. Kerana ia sudah pasti bakal menyebabkan pengendali portal
pembangkang yang cenderung dengan agenda fitnah serta ribuan pencacai yang
dibayar secara bulanan oleh DAP berdepan dengan tindakan undang-undang
sekiranya didapati bersalah.
Kesimpulannya masyarakat harus sedar,
sekiranya benar portal-portal berita yang wujud bagai cendawan selepas hujan
ini melaporkan perkara yang benar dan telus tiada apa yang perlu ditakutkan.
Ini kerana laporan berita seharusnya
membuatkan rakyat untuk lebih matang dalam menilai sesuatu perkara, dan
bukannya mempengaruhi minda dengan pelbagai sentimen kebencian, perkauman dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment