Pentas politik negara seakan senyap
sunyi 1-2 hari ini. Mungkin kerana ramai yang semakin penat dengan kerenah
pakatan pembangkang yang begitu sibuk untuk berpolitik setiap masa dan waktu. Namun
dalam kesepian itu, beberapa gabungan NGO yang di dokong oleh pakatan
pembangkang tampil membuat kenyataan, menggesa wakil-wakil rakyat mereka
memulaukan majlis angkat sumpah di Parlimen yang dijadualkan pada akhir Jun
ini.
Walaupun isu yang dibangkitkan ini
adalah merupakan satu lagi sandiwara dan drama yang dilakonkan bagi menarik
simpati masyarakat, namun apabila diteliti kembali ia agak menarik untuk
dibincangkan. Ini kerana secara teorinya, Anwar perlu menyahut gesaan yang
dibuat oleh para pencacainya ini.
Tambahan pula mereka yang menggesa agar
majlis angkat sumpah ini dipulaukan terdiri daripada mereka yang kalah dalam pilihan
raya umum yang lalu serta pernah satu ketika dipinggirkan oleh Anwar sendiri.
Ini kerana sejurus selepas menerima
keputusan rasmi mengenai kekalahan pakatan pembangkang yang dikeluarkan oleh
SPR, Anwar yang enggan menerima aib tersebut terus memulakan kempen jelajahnya.
Sejak dari itu, maka bermulalah episod fitnah yang dilemparkan tanpa henti
khususnya kepada SPR yang didakwa telah bersekongkol dengan parti pemerintah
untuk mencuri kemenangan pakatan pembangkang.
Atas alasan yang dibentangkan oleh Anwar
itu, kumpulan NGO tersebut mengatakan mereka akan memulakan kempen dan
menyerahkan memorandum kepada pemimpin pakatan pembangkang supaya mengambil
langkah itu pada minggu ini juga.
Mari kita sama-sama saksikan sejauh mana
memorandum tersebut mampu mempengaruhi wakil-wakil rakyat pembangkang yang baru
dipilih khususnya dari Pas dan DAP. Ini kerana umum mengetahui sebaik sahaja berjaya
membentuk kerajaan di Kelantan dan Penang, pimpinan dari Pas dan DAP dengan
pantas terus memohon untuk mengadap bagi memohon perkenan untuk mengangkat
sumpah.
Tambah menarik, apabila pengerusi DAP
Pulau Pinang Chow Kon Yeow pernah mengeluarkan kenyataan mereka tidak menerima sebarang
laporan atau bukti mengenai kepincangan yang berlaku sepanjang proses
pilihan raya lalu.
"Semua kerusi yang DAP tandingi
memperolehi kemenangan besar dan saya belum terima sebarang laporan yang
membolehkan kita kemukakan petisyen” katanya sebelum ini.
Paling mengemparkan apabila Ketua Dewan
Ulama PAS, Datuk Harun Taib petang semalam mengulangi pendirian parti itu untuk
tidak mengambil bahagian dalam perhimpunan ‘Black 505’ kerana telah menerima
keputusan pilihan raya umum ke-13.
Beliau dilaporkan berkata akan tetap
berpegang dengan pendirian, PAS tidak akan menyertai himpunan seperti itu
kerana parti itu telah menerima keputusan pilihan raya dengan hati terbuka. Malah
menurutnya Dewan itu ingin memberikan fokus kepada persiapan pilihan raya umum
akan datang.
Nampaknya, hanya Anwar yang memang
bercita-cita untuk mewujudkan kekacauan dalam negara yang nyata menjadi salah
satu agendanya apabila gagal dalam pilihan raya. Mungkin itu merupakan cara
beliau untuk menunjukkan protes sehingga menggadaikan keselamatan dan masa
depan negara.
Kesimpulannya sekiranya benar Anwar seorang yang berpegang dengan andaian
SPR telah melakukan penipuan, maka ada baiknya dia nmenyahut gesaan yang dibuat
oleh para pencacainya. Pulaukan sahaja upacara mengangkat sumpah yang bakal
berlangsung serta tolak perlantikan jawatan sebagai ketua pembangkang.
Masih ramai lagi mereka yang waras boleh memikul tanggungjawab itu, malah
ada baiknya dia tunaikan sahaja janji yang pernah dilafazkan sebelum ini untuk
bersara dari arena politik tanahair. Kerana di usia penghujung senja, Anwar
sepatutnya menghabiskan masa dengan keluarga, anak dan cucu.
Atau dalam bahasa mudah, Anwar Ibrahim Perlu Bertobat!!! (Sekadar
mengulangi gesaan yang pernah diungkapkan oleh Karpal Singh suatu ketika
dahulu).
No comments:
Post a Comment