DAP nampaknya benar-benar bertemu jalan buntu
dalam isu pemilihan CEC. Parti itu terus menerus mempolitikkan keputusan ROS
dan cuba sedaya upaya mengelak hakikat bahawa tindakan ROS hanyalah berdasarkan
aduan dari ahli-ahli DAP sendiri.
Dalam kata lain, yang tidak puas hati dengan
keputusan pemilihan CEC dan yang mendesak untuk diadakan pemilihan semula
bukanlah ROS tetapi ahli-ahli DAP yang merasakan diri mereka telah dianiaya dan
ditipu hidup-hidup oleh pemimpin sendiri.
ROS hanya bertindak sebagai badan yang berkuasa untuk menyiasat dan
memerintahkan DAP memenuhi tuntutan ahli-ahlinya.
Keengganan DAP untuk akur dengan keputusan
ROS membuktikan bahawa pemimpin parti itu, khususnya Guan Eng telah benar-benar
menipu ahlinya. Guan Eng jelas amat takut jika diadakan pemilihan semula kerana
keputusan pastinya akan berbeza di mana kemungkinan besar akan menjejaskan
kedudukan semua kroni dan kuncu-kuncunya, termasuk dirinya sendiri.
Ertinya, Guan Eng sedar bahawa dirinya dan
kuncu-kuncunya tidak begitu digemari oleh sebahagian besar ahli-ahli
parti. Justeru, beliau perlu
memanipulasi, menipu dan berbohong, malah mengugut dan mengancam bagi
memastikan kedudukannya dan kroni serta kuncunya terus berada di hierarki teratas.
Amatlah malang bagi penyokong-penyokong DAP
yang terus menyokong parti itu kononnya atas dasar prinsip ketelusan dan
keadilan. Sedangkan hakikatnya, DAP adalah parti diktator tegar, bersifat
samseng dan langsung tidak telus, jauh sekali adil. Kit Siang, Guan Eng dan kerabat mereka
memerintah berdasarkan ideologi komunisme
yang kejam dan tidak berhati perut.
‘Rasis’ merupakan
tonggak utama perjuangan mereka dan atas dasar itu, mereka tidak mengendahkan
suara 753 ahli berbangsa India yang mengadu kepada ROS dan mendesak diadakan
pemilihan semula. Malah, Guan Eng sememangnya dengan sengaja sejak dari awal
lagi memastikan kesemua 753 ahli berbangsa India tersebut tidak diberi hak
untuk memilih ahli jawatankuasa parti.
Muslihatnya tidak lain tidak bukan hanyalah
untuk memastikan hanya kaum Cina yang berkuasa di dalam parti.
Kaum Cina mungkin tidak kisah dipimpin oleh
samseng dan diktator dari kaum mereka, tetapi kaum lain seharusnya sudah
membuka mata terhadap nasib yang bakal menimpa mereka jika memberi mandat
kepada DAP untuk memerintah.
Fikirkan, apakah kebetulan kejadian tembak
dan peningkatan gejala samseng berlaku sejajar dengan peningkatan kuasa DAP di
dalam negara? Kenapakah rumah urut, pusat hiburan dan rangkaian-rangkaian
perniagaan gelap di Selangor dan Pulau Pinang juga meningkat selari dengan ‘kebangkitan’ DAP?
Sekurang-kurangnya, hari ini, DAP perlu
menjawab kepada ROS walaupun mereka berusaha sedaya upaya untuk mengelaknya. Ertinya,
masih ada badan yang berkuasa memantau mereka.
Tetapi, bayangkan jika DAP mempunyai kuasa mutlak dan ROS juga di berada
di bawah cengkaman mereka.
Hari ini, kaum Cina mungkin terus menyokong
DAP atas alasan ‘keCinaan’, namun,
kita pasti kaum Cina juga lambat laun akan menyedari nikmat hidup di bawah
pemerintahan BN berbanding hidup di bawah pemerintah samseng seperti Guan
Eng.
Kepada kaum Cina, ingatlah bahawa
sesungguhnya DAP tidak pernah teragak-agak untuk ‘menghukum’ ahlinya yang mengkritik kepimpinan. Justeru, apakah
jaminan yang DAP tidak akan menghukum rakyat yang mengkritik kepimpinan sekiranya
parti itu menjadi kerajaan?
Inikah kehidupan yang kaum Cina mahukan? Iaitu
Ketuanan Cina dan ‘Keagongan Diktator Lim’?
No comments:
Post a Comment