Ketua Pergerakan
Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berharap dapat mengekalkan jawatan
yang disandang bagi merealisasi cita-cita beliau untuk terus membawa
kecemerlangan kepada golongan itu di negara ini. Beliau berkata kecemerlangan
calon wanita dalam pilihan raya umum ke-13 bukan sahaja mengekalkan prestasi
sebelum ini malah akan terus memacu kejayaan lebih cemerlang pada pilihan raya
umum ke-14.
Shahrizat berkata
demikian semasa berucap pada majlis perjumpaan Aidilfitri Pergerakan Wanita
Umno Negeri Perlis di Dewan Residensi di sini hari ini. Beliau juga berkata
umur bukanlah ukuran yang menunjukkan kelemahan kaum wanita untuk berkhidmat
malah mereka yang berumur lebih berpengalaman dan matang serta mampu membawa
wanita ke arah kecemerlangan.
Terdahulu, Ketua
Wanita Umno Negeri Perlis Rela Ahmad berkata pergerakan itu di negeri ini
memberi sokongan padu kepada Shahrizat sebagai Ketua Pergerakan Wanita Umno.
Pengerusi
Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Perlis itu juga
berkata tenaga dan pemikiran Shahrizat masih diperlukan dan beliau yakin
melalui kepimpinan Wanita Umno akan terus cemerlang.
No comments:
Post a Comment