Showing posts with label Shahrizat Jalil. Show all posts
Showing posts with label Shahrizat Jalil. Show all posts

11 September 2013

Ketua Wanita : Azalina Sah Tarik Diri @azalina @ShahrizatJalil




Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said (gambar) mengesahkan menarik diri daripada bertanding merebut jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO bagi mengelakkan perpecahan dalam parti.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagaian Pengerang berkata, walaupun berat untuk menarik diri, namun demi perpaduan dan keutuhan parti keramat Melayu itu, beliau sanggup membuat keputusan tersebut.

07 September 2013

Shahrizat Janji Terus Bawa Kecemerlangan Wanita @ShahrizatJalil




Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berharap dapat mengekalkan jawatan yang disandang bagi merealisasi cita-cita beliau untuk terus membawa kecemerlangan kepada golongan itu di negara ini. Beliau berkata kecemerlangan calon wanita dalam pilihan raya umum ke-13 bukan sahaja mengekalkan prestasi sebelum ini malah akan terus memacu kejayaan lebih cemerlang pada pilihan raya umum ke-14.

Shahrizat berkata demikian semasa berucap pada majlis perjumpaan Aidilfitri Pergerakan Wanita Umno Negeri Perlis di Dewan Residensi di sini hari ini. Beliau juga berkata umur bukanlah ukuran yang menunjukkan kelemahan kaum wanita untuk berkhidmat malah mereka yang berumur lebih berpengalaman dan matang serta mampu membawa wanita ke arah kecemerlangan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...