Takut kena ‘pulau’, itulah antara
ungkapan keramat yang sering keluar dari mulut para pengundi di Sungai Limau
apabila diminta mengulas mengenai calon yang diketengahkan oleh kedua-dua parti
yang bakal bertanding esok.
Rata-rata di kalangan mereka gagal memberikan sebarang komen ketika
diminta mengulas mengenai calon Pas, Azam Samad yang juga merupakan bekas guru.
Ini kerana ramai di kalangan penduduk di Sungai Limau langsung tidak mengenali
Azam walaupun Pas mendakwa calon parti itu adalah merupakan seorang yang
dikenali dan dekat di hati masyarakat Sungai Limau.



