Showing posts with label Nik Aziz Nik Mat. Show all posts
Showing posts with label Nik Aziz Nik Mat. Show all posts

23 October 2013

#PRKSGLIMAU Pas Mahu Kalah Di Sungai Limau




Suka atau tidak ramai menjangkakan pilihanraya kecil DUN Sungai Limau bakal menyaksikan satu persaingan yang sengit di antara Umno / Barisan Nasional dan Pas. Bagi pihak Umno/BN, peluang ini sudah tentu merupakan satu peluang keemasan bagi merampas kerusi Sungai Limau bagi mengukuhkan kuasa politik di Kedah.

Manakala bagi Pas, ia adalah merupakan kerusi yang WAJIB di pertahankan kerana ia adalah maruah buat parti itu yang kebelakangan ini dilihat semakin hilang pengaruh di kalangan orang Melayu Islam.

08 September 2013

Selain Nik Aziz, Harun Taib Pun TOLAK Mat Sabu @nikabdulaziz




Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib hari ini menyokong penuh gesaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar jawatan Timbalan Presiden parti itu disandang oleh golongan ulama. Harun berkata, ini kerana, pemilihan ulama sebagai pemimpin nombor dua tertinggi parti itu amat bertepatan dengan matlamat serta dasar Pas sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam sejak dulu dan selamanya.

Malah, jelas beliau, dalam Islam itu sendiri telah memberikan gambaran bahawa kebanyakan segala apa yang dilakukan dan usaha menegakkan syiar Islam adalah lebih ditunjangi peranan para ulama, termasuklah dalam Pas. Jelas beliau, begitu juga bagi Pas, semua pihak mengetahui kebanyakan perkara yang dilakukan dalam parti terutama bagi mengerak dan menentukan hala tuju perjuangan Islam Pas adalah hasil komitmen golongan ulama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...