Suatu masa dulu ketika zaman menjadi pelajar pengajian tinggi, saya
melihat ramainya mahasiswa memilih untuk diam. Jika ada sesuatu isu yang
bangkit dalam kalangan warga kampus, ramai enggan masuk campur. Mereka
akan terus sibuk dengan urusan studi. Ada juga yang sengaja melarikan persoalan itu dengan perkara lain, ke
padang untuk bersukan atau keluar ke bandar dengan aktiviti sendiri dan
sebagainya.
