Datuk Seri Nazri
Aziz hari ini mengesahkan
kementeriannya, Pelancongan dan Kebudayaan secara rasmi telah menarik balik
karya seni lukisan "I For Idiot" yang dikatakan menghina agama Islam.
Menurut beliau, ketika pihak penganjur datang kepada kementeriannya untuk
memohon permit pameran, mereka tidak menunjukkan kesemua lukisan termasuk karya
tersebut.
"Kita tidak tahu
mereka menipu ketika dibentangkan kepada Balai Seni Visual kita tidak ditunjuk
dengan lukisan seperti itu," kata beliau kepada wartawan selepas
merasmikan pelancaran 50 tahun ulang tahun Muzium Negara di Kuala Lumpur.
