Showing posts with label Kerajaan. Show all posts
Showing posts with label Kerajaan. Show all posts

05 September 2013

Tingkatkan Jumlah BR1M, Khidmat Pengangkutan Awam




Ramai yang merasa lega apabila kerajaan mengumumkan bahawa penjimatan RM3.3 bilion menerusi pengurangan subsidi bahan api akan digunakan semula untuk kepentingan rakyat. Justeru, ramai yang ternanti-nanti bagaimanakah RM3.3 billion tersebut akan dimanfaatkan.

Apa yang telah diketahui ialah kerajaan bakal meningkatkan jumlah BR1M kepada golongan berpendapatan rendah. Tetapi jumlahnya tidak lagi diumumkan.  Oleh itu, adalah dicadangkan agar kerajaan meneliti secara mendalam dengan mengambil-kira pandangan dan nasihat pihak-pihak yang berpengalaman dan pakar sebelum membuat apa-apa keputusan mengenai RM3.3 billion ini. Ini kerana kita tidak mahu kerajaan sekali lagi dikritik kerana membuat keputusan sebelum mengkaji terlebih dahulu kesan ke atas semua pihak serta alternatif lain sepertimana yang berlaku dalam isu pengurangan subsidi minyak ini.

01 September 2013

Lukisan Hina Islam, Kerajaan Arah Tarik Balik




Datuk Seri Nazri Aziz  hari ini mengesahkan kementeriannya, Pelancongan dan Kebudayaan secara rasmi telah menarik balik karya seni lukisan "I For Idiot" yang dikatakan menghina agama Islam. Menurut beliau, ketika pihak penganjur datang kepada kementeriannya untuk memohon permit pameran, mereka tidak menunjukkan kesemua lukisan termasuk karya tersebut.

"Kita tidak tahu mereka menipu ketika dibentangkan kepada Balai Seni Visual kita tidak ditunjuk dengan lukisan seperti itu," kata beliau kepada wartawan selepas merasmikan pelancaran 50 tahun ulang tahun Muzium Negara di Kuala Lumpur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...