BUTTERWORTH - Kegembiraan sebuah keluarga untuk merakamkan gambar kenangan semasa meraikan Tahun Baharu Cina berakhir dengan tragedi apabila anak tunggal pasangan itu maut selepas sebuah televisyen menghempapnya dalam kejadian di Taman Chai Leng, Perai, di sini malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Superintendan Baharom Abu berkata, dalam kejadian pukul 9 malam itu, keluarga berkenaan sedang bersiap-siap untuk mengambil gambar sebelum kanak-kanak perempuan itu Chew Hui Zhen, berusia tiga tahun, dihempap televisyen saiz 29 inci.
