Hati wanita mana yang
tidak kecewa dan patah apabila diceraikan oleh si suami. Lebih-lebih lagi jika
diceraikan secara SMS dan bukannya bersemuka. Namun semuanya sudah tertulis.
Walaupun kecewa Rita Rudaini nampaknya redha dengan takdir yang menimpa
dirinya.
Kata Rita Rudaini :-
Alhamdulillah semuanya sudah berakhir, jodoh kami setakat di sini saja, dengan keputusan ini berakhirlah semua konflik rumah tangga saya selama ini.
Bagaimanapun saya
kesal kerana Aidil tidak sabar dan bertindak terburu-buru menceraikan saya tanpa
proses yang sepatutnya. Bagi saya tindakan Aidil ceraikan saya melalui SMS ini
umpama menghina saya sebagai seorang isteri dan wanita serta mahkamah.

