Showing posts with label Ekonomi Negara. Show all posts
Showing posts with label Ekonomi Negara. Show all posts

04 September 2013

#Bajet 2014 : PM @NajibRazak Ajak Rakyat Sumbang Idea




Dalam masa yang terdekat ini, saya akan mengemukakan Belanjawan Negara selaras dengan kapasiti saya sebagai Menteri Kewangan. Sebagai kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat, saya percaya bahawa setiap rakyat mempunyai hak untuk bersuara dalam menentukan hala tuju kemajuan negara kita pada tahun hadapan.

Saya amat berbesar hati melihat rakyat berkongsi visi kami untuk melihat Malaysia berjaya di pentas dunia. Iltizam mereka jelas terlihat melalui sambutan dan maklum balas yang kami terima sebelum kami mengemukakan peruntukan kewangan setiap tahun. Sambutan ini kelihatan paling ketara pada tahun lepas, apabila kami menerima lebih 2,500 maklum balas dan saranan dari pelbagai platform dan laman media sosial. Bajet 2013 mengandungi banyak maklum balas dan saranan yang telah dikemukakan ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...