Showing posts with label Nabil Raja Lawak. Show all posts
Showing posts with label Nabil Raja Lawak. Show all posts

04 February 2014

@NabilAhmad83 @LunaMaya26 Tindakan Aibkan Luna Maya, Nabil Tidak Akan Minta Maaf


Nabil aibkan Luna Maya dikritik Peminat – Ternyata bukan mudah menjadi anak seni, lebih-lebih lagi apabila bergelar seorang pelawak yang bertanggungjawab menghiburkan hati penonton. Perkara yang sepatutnya hanya menjadi modal bahan lawak telah diperbesarkan tanpa menggunakan alasan yang relevan.

Baru-baru ini, Nabil telah dikecam hebat oleh peminat apabila menjadikan Luna Maya sebagai salah satu ‘punchline’ dalam lawaknya. Lawak ‘double meaning’ yang dilakukan oleh Nabil pada masa itu mengundang kontroversi dan dia didakwa telah memburukkan nama aktres Indonesia itu.

10 September 2013

Lawak Ke Der 3 Bakal Tampil Dengan Wajah Baru




Program lawak popular yang dipentaskan di Istana Budaya, Lawak Ke Der bakal kembali menggegarkan panggung berprestij negara itu untuk musim ketiga bermula pada 3 hingga 6 Oktober depan. Dalam usaha untuk menyuntik kelainan serta memberikan idea dan pengisian baru, pihak penerbit bertindak menggunakan kombinasi muka lama dan baru untuk enam pementasan yang akan berlangsung dalam tempoh ditetapkan.

Penerbit dan pengarah pementasan, Hans Isaac berkata, untuk musim terbaru program jenaka ini, dia mahu memastikan penonton yang hadir terhibur dengan jenaka-jenaka baharu dan bukannya jenaka yang digunakan berulang kali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...