Showing posts with label Pemilihan Wanita Umno 2013. Show all posts
Showing posts with label Pemilihan Wanita Umno 2013. Show all posts

17 October 2013

Kalah Pemilihan Exco, Calon Wanita Umno Mengamuk




FIKIRKAN senario ini - wakil kepada seorang calon Naib Ketua Pemuda UMNO membuat sidang akhbar mendakwa calon mereka memenangi jawatan itu. Mereka menolak, keputusan Jawatankuasa Pemilihan UMNO bahawa dua calon yang bertanding terikat kerana menurut laporan ‘war room’ mereka, calon pilihan mereka menang.

Dalam satu lagi senario - seorang pemimpin Wanita UMNO 'mengamuk' melalui WhatsApp kepada rakan-rakan mempertikaikan kekalahannya dalam perebutan jawatan Exco Wanita.

30 September 2013

Hentikan Campur Tangan Dalam Pemilihan Wanita @ShahrizatJalil @suraya_yaacob @NajibRazak




Semakin hari, bahang pemilihan UMNO semakin terasa. Rata-rata yang telah menawarkan diri telah mula ‘berkempen’ mengikut cara dan kemampuan yang tersendiri. Ada yang menggunakan kaedah dan cara lama dengan mengedarkan ‘kad nama’ yang tertera dengan nombor calon. Malah tidak ketinggalan ada di kalangan mereka yang mula menggunakan cara dan pendekatan terkini dengan berkempen menggunakan media-media sosial seperti Facebook, Twitter, Instigram dan sebagainya.

Walaupun apa pun cara yang digunakan masing-masing sudah pasti mengharapkan agar kemenangan berpihak kepada mereka. Namun begitu, pada ketika ini sudah mula kedengaran bisik-bisik di kalangan perwakilan Umno agar memilih calon-calon tertentu dengan pelbagai alasan yang tidak masuk akal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...