ALOR SETAR: Syed Alfandi Syed Mansor Barakbah, suami exco kerajaan negeri Kedah Datuk Suraya Yaacob, meninggal dunia akibat penyakit meningitis di Putra Medical Center (PMC) di sini, Selasa.
Showing posts with label Suraya Yaacob. Show all posts
Showing posts with label Suraya Yaacob. Show all posts
18 February 2014
30 September 2013
Hentikan Campur Tangan Dalam Pemilihan Wanita @ShahrizatJalil @suraya_yaacob @NajibRazak
Semakin hari, bahang pemilihan UMNO semakin terasa.
Rata-rata yang telah menawarkan diri telah mula ‘berkempen’ mengikut cara dan kemampuan yang tersendiri. Ada yang menggunakan
kaedah dan cara lama dengan mengedarkan ‘kad
nama’ yang tertera dengan nombor calon. Malah tidak ketinggalan ada di
kalangan mereka yang mula menggunakan cara dan pendekatan terkini dengan
berkempen menggunakan media-media sosial seperti Facebook, Twitter, Instigram
dan sebagainya.
Walaupun apa pun cara yang digunakan masing-masing
sudah pasti mengharapkan agar kemenangan berpihak kepada mereka. Namun begitu, pada
ketika ini sudah mula kedengaran bisik-bisik di kalangan perwakilan Umno agar
memilih calon-calon tertentu dengan pelbagai alasan yang tidak masuk akal.
23 August 2013
Azalina Tidak LAYAK Untuk Jawatan Ketua Wanita???
Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Sri Azalina
Othman Said dijangkakan bakal berdepan dengan laluan sukar bagi meramas jawatan
Ketua Wanita Umno pada pemilihan sayap itu Oktober ini. Ia ekoran dari
kenyataan sokongan yang dilakukan oleh sebilangan besar kepimpinan Wanita Umno
di peringkat negeri dan bahagian terhadap kepimpinan penyandang jawatan
tersebut, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil.
Azalina pada 28 Jun lalu menyatakan keputusannya
untuk bertanding menentang Shahrizat bagi membawa perubahan kepada sayap parti
itu, atas alasan transformasi politik, selain sedia menjadi ejen perubahan
kepada Wanita. Azalina mengakui tidak mempunyai sebarang agenda peribadi, namun
berhasrat mahu memantapkan imej kepemimpinan pergerakan itu yang tercalar
dengan isu National Feedlot Corporation (NFC).
Subscribe to:
Posts (Atom)


