Showing posts with label Ketua Wanita. Show all posts
Showing posts with label Ketua Wanita. Show all posts

15 January 2014

@Khalid_Ibrahim Di Desak Beri Penjelasan Berhubung Rasional Pemecatan @AzminAli @ybz99 @faekah_qkn5





Isu pemecatan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) adalah merupakan antara isu penting yang dibincangkan melalui Mesyuarat Pimpinan PKR Negeri Selangor malam tadi. 

Menurut Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mesyuarat yang diadakan malam tadi memutuskan untuk mendesak Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim supaya menyatakan rasional di sebalik keputusan yang dilakukan untuk meyakinkan pimpinan parti itu.

10 September 2013

Wanita Umno : Akhirnya Azalina Tarik Diri




Ahli Parlimen Pengerang yang juga bekas Ketua Puteri Umno, Azalina Othman Said khabarnya akan menarik diri daripada bertanding jawatan ketua wanita Umno Malaysia. Azalina, yang sebelum ini menyatakan hasratnya secara terbuka untuk menentang penyandang jawatan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebaliknya mungkin akan hanya bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi.

Sehubungan dengan itu, Azalina dijangka membuat satu kenyataan penting berhubung keputusan muktamadnya pada 20 September ini.

23 August 2013

Azalina Tidak LAYAK Untuk Jawatan Ketua Wanita???



Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Sri Azalina Othman Said dijangkakan bakal berdepan dengan laluan sukar bagi meramas jawatan Ketua Wanita Umno pada pemilihan sayap itu Oktober ini. Ia ekoran dari kenyataan sokongan yang dilakukan oleh sebilangan besar kepimpinan Wanita Umno di peringkat negeri dan bahagian terhadap kepimpinan penyandang jawatan tersebut, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil.

Azalina pada 28 Jun lalu menyatakan keputusannya untuk bertanding menentang Shahrizat bagi membawa perubahan kepada sayap parti itu, atas alasan transformasi politik, selain sedia menjadi ejen perubahan kepada Wanita. Azalina mengakui tidak mempunyai sebarang agenda peribadi, namun berhasrat mahu memantapkan imej kepemimpinan pergerakan itu yang tercalar dengan isu National Feedlot Corporation (NFC).

22 October 2008

11 Pencalonan kepada Azalina, bukti wanita mahukan perubahan

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato’ Sri Azalina Othman Said telahpun mendapat 11 pencalonan dan hanya memerlukan baki 11 pencalonan lagi bagi melayakkan beliau untuk bertanding merebut jawatan Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia.

Kemampuan Menteri Pelancongan itu meraih 11 pencalonan dalam masa dua minggu mesyuarat wanita bahagian diadakan menjadi gambaran jelas bahawa Pergerakan Wanita UMNO Malaysia kini dalam proses melakukan perubahan diperingkat pucuk pimpinan pergerakan mereka.

Jumlah pencalonan terhadap menteri wanita muda berkarisma ini juga dikatakan menjadi bukti kukuh bahawa sebahagian besar dari pemimpin akar umbi pergerakan itu tidak bersetuju dan sekaligus menolak pelan peralihan kuasa yang cuba digerakkan oleh Tan Sri Rafidah Aziz sebelum ini.

Cuma, yang menjadi punca kepada 'perlahannya' pencalonan terhadap Azalina dikatakan berpunca daripada sebahagian besar Wanita UMNO Bahagian mengambil sikap tunggu dan lihat. Ini kerana, ekoran tiada sebarang kenyataan yang jelas daripada Azalina untuk menawarkan diri ke jawatan tersebut sebelum ini.

Tetapi, senario tersebut diramal akan berubah malah, baki sebanyak 9 pencalonan lagi bagi melayakkan beliau untuk bertanding ke jawatan nombor dua dalam Pergerakan Wanita UMNO itu mampu dicapai oleh Azalina dalam tempoh dua minggu lagi.

Lebih-lebih lagi, setelah beliau mengumumkan kesediaannya bertanding ke jawatan tersebut setelah cukup pencalonannya nanti dan atas kesediaan Azalina itu dikatakan menjadi punca sebahagian besar wanita bahagian yang masih belum mengadakan mesyuarat serta membuat pencalonan mereka, bersedia untuk mencalonkan Ahli Parlimen Pengerang itu.

Namun yang menjadi persoalannya sekarang, adakah Datuk Sri Shahrizat Abdul Jalil, penyandang jawatan tersebut bersetuju dengan pelan dari akar umbi itu. Beliau yang sudah melayakan diri untuk bertanding ke jawatan Ketua Wanita, perlu bersedia untuk menyahut desakan dari akar umbi yang mahukan beliau merebut kerusi nombor satu wanita itu daripada tangan Rafidah?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...