Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Sri Azalina
Othman Said dijangkakan bakal berdepan dengan laluan sukar bagi meramas jawatan
Ketua Wanita Umno pada pemilihan sayap itu Oktober ini. Ia ekoran dari
kenyataan sokongan yang dilakukan oleh sebilangan besar kepimpinan Wanita Umno
di peringkat negeri dan bahagian terhadap kepimpinan penyandang jawatan
tersebut, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil.
Azalina pada 28 Jun lalu menyatakan keputusannya
untuk bertanding menentang Shahrizat bagi membawa perubahan kepada sayap parti
itu, atas alasan transformasi politik, selain sedia menjadi ejen perubahan
kepada Wanita. Azalina mengakui tidak mempunyai sebarang agenda peribadi, namun
berhasrat mahu memantapkan imej kepemimpinan pergerakan itu yang tercalar
dengan isu National Feedlot Corporation (NFC).
