Showing posts with label Shafie Afdal. Show all posts
Showing posts with label Shafie Afdal. Show all posts

07 September 2013

Pemilihan Umno: Antara Kestabilan Dan Demokrasi




Menjelang mesyuarat Umno bahagian seluruh negara bulan depan, semakin ramai anggota parti baik pemimpin tertinggi hingga ke peringkat akar umbi menyatakan pendirian jawatan presiden dan timbalannya tidak perlu dipertandingkan.
  
Tiga naib presiden Umno iaitu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal serta badan perhubungan Umno Johor, Negeri Sembilan dan Sabah turut berpendirian serupa demi kestabilan parti.

04 September 2013

PM @NajibRazak Bakal Berlakon Drama




Bersempena dengan kemerdekaan yang ke-56, Bernama Radio24 (BR24) bakal menampilkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam drama khas kemerdekaan bertajuk ‘Ikrar Perwira’ hasil tulisan dan arahan Nizuan Hanaffi. Drama ini berdasarkan peristiwa berdarah di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah dan akan turut dilakonkan oleh Man Raja Lawak atau nama sebenarnya, Abdul Rahman Kasim, juara Raja Lawak musim kelima.

“Tidak mudah mendapatkan Perdana Menteri untuk berlakon tetapi kami berjaya melakukannya,” kata Azlan Idris, Ketua Pegawai Operasi BR24. Datuk Seri Najib juga menunjukkan komitmen tinggi walaupun tidak pernah berlakon drama radio atau televisyen sebelum ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...