Penyanyi nasyid
tersohor tanah air, Hafiz Hamidun hari ini menyelar para pengguna media sosial
yang begitu ghairah menggunakan isu #kangkung ketika memuatnaik status di laman
media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram mereka.
Beliau yang juga
merupakan bekas anggota kumpulan nasyid UNIC, itu melahirkan rasa kesal di atas
sikap segelintir masyarakat yang sengaja menggunakan isu remeh itu, berbanding cerita
mengenai kelahiran junjungan besar umat Islam Nabi Muhammad SAW.
