Tenom – Kegiatan tidak bermoral sepasang
kekasih yang juga pelajar tingkatan dua sekolah menengah di sini, yang
melakukan hubungan seks di dalam tandas sekolah, terbongkar apabila perbuatan
mereka disedari guru disiplin sekolah terbabit, kelmarin.
Dalam kejadian pada kira-kira jam 10.30
pagi, pelajar masing-masing berusia 14 tahun ditahan ketika berada dalam
keadaan tidak terurus di dalam tandas sekolah berkenaan oleh guru disiplin yang
kebetulan menyedari perbuatan mereka.
Menurut sumber, kejadian berlaku ketika
waktu rehat apabila pelajar lelaki itu memanggil teman wanitanya ke tandas
untuk melakukan hubungan seks.
“Secara kebetulan guru disiplin sekolah
terbabit yang melakukan rondaan melakukan pemeriksaan di tandas berkenaan
sebelum menemui pasangan pelajar itu.
“Hasil soal siasat, pelajar lelaki mengaku
baru selesai melakukan seks dengan pelajar perempuan dan memaklumkan ia kali
ketiga mereka melakukan hubungan seks di dalam tandas sekolah berkenaan,”
katanya.
Sumber berkata, pihak sekolah kemudian memaklumkan
kejadian itu kepada bapa pelajar perempuan sebelum membuat laporan polis.
“Suspek ditahan dan ditahan reman di Ibu
Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom untuk siasatan lanjut,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tenom
Deputi Superintendan Mazlan Lazim ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu
dan siasatan lanjut masih dijalankan, menurut sumber.
Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut
Seksyen 376, Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol. pihak media difahamkan,
tandas lelaki di tingkat tiga sekolah berkenaan jarang digunakan pelajar.
No comments:
Post a Comment