FORT
WAYNE: Seorang lelaki memulakan perniagaan yang didakwanya sebagai unik di
bandar di Indiana ini.
Lelaki
berkenaan yang meminta namanya tidak disiarkan berkata, syarikatnya, Fort Wayne
Dust Bunnies menawarkan khidmat pembantu rumah kepada pelanggan tetapi kerja
membersih akan dilakukan secara bertelanjang.
Pembantu
rumah itu hanya dibenarkan melakukan kerja ringan seperti membasuh pinggan
mangkuk, permaidani dan membersihkan habuk. Pelanggan dikenakan bayaran
sebanyak AS$60 (RM180) sejam untuk hari biasa dengan waktu kerja minimum dua
jam.
Setiap
pembantu rumah itu akan diiringi seorang pengawal keselamatan dan pelanggan
tidak dibenarkan menyentuh wanita berkenaan.
Pemilik
syarikat itu berkata, pembantu rumah itu memperoleh pendapatan kira-kira AS$30
(RM90) sejam.
Jurucakap
Majlis Bandar Raya Fort Wayne, Frank Suarez berkata, pihaknya tidak mempunyai
cara untuk menghalang perkhidmatan seumpama itu.
No comments:
Post a Comment