Showing posts with label Adibah Noor. Show all posts
Showing posts with label Adibah Noor. Show all posts

30 August 2013

Lagu Patriotik @adibahnoor 'KENA BANNED' Stesen Radio




Penyanyi dan penyampai radio Suria FM, Adibah Noor tidak berasa terkejut jika lagu duet baharunya bersama penyampai radio Era FM iaitu Dina Nadzir berjudul Malaysia Kau Ku Cinta tidak dimainkan oleh stesen radio swasta lain. Biarpun begitu, penyanyi berusia 34 tahun ini agak terkilan dengan diskriminasi yang dilakukan oleh pihak pengurusan stesen radio jika lagu tersebut dianggap sebagai satu produk daripada pesaing mereka.

"Ketika lagu ini diedarkan, pihak Sony Music sudah beritahu awal-awal besar kemungkinan ia tidak dimainkan di radio swasta lain kerana saya dan Dina kedua-duanya penyampai radio. Saya berasa terkilan kerana lagu tersebut adalah atas kapasiti kami sebagai penyanyi dan bukan penyampai radio," katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...