Showing posts with label Era FM. Show all posts
Showing posts with label Era FM. Show all posts

12 January 2014

Sharifah Aleya SAH Bernikah Buat Kali Kedua @sharifahaLEYA



Deejay radio popular Hot FM, Sharifah Aleya, 30, sudah selamat diijabkabulkan dengan jejaka bernama Muhammad Azam Abdullah atau Miko, 28, hari ini.

Menurut sumber Sharifah Aleya & Miko selamat diijabkabulkan di masjid al-Mukarramah di Sri Damansara pagi tadi dan majlis akad nikah diadakan secara kecil kecilan.

05 September 2013

Pelawak @JepSepah2 Tolak Tawaran Jadi Deejay Radio




Pelawak Mohd Nadzri Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Jep (Sepahtu), menolak tawaran untuk bergelar deejay radio sebuah stesen swasta walaupun sudah banyak kali menerima peluang itu. Jep, 28, berkata, ini kerana dia mempunyai jadual kerja yang padat selain mahu memberi komitmen dalam bidang lakonan terlebih dahulu.

"Saya memang berminat menjadi seorang deejay radio, tapi saya tidak boleh beri komitmen seratus peratus kerana takut akan mengganggu masa penggambaran saya. Saya bimbang jika jadual kerja yang tidak dapat diaturkan dengan baik, ia akan menjejaskan juga masa artis lain," katanya.

30 August 2013

Lagu Patriotik @adibahnoor 'KENA BANNED' Stesen Radio




Penyanyi dan penyampai radio Suria FM, Adibah Noor tidak berasa terkejut jika lagu duet baharunya bersama penyampai radio Era FM iaitu Dina Nadzir berjudul Malaysia Kau Ku Cinta tidak dimainkan oleh stesen radio swasta lain. Biarpun begitu, penyanyi berusia 34 tahun ini agak terkilan dengan diskriminasi yang dilakukan oleh pihak pengurusan stesen radio jika lagu tersebut dianggap sebagai satu produk daripada pesaing mereka.

"Ketika lagu ini diedarkan, pihak Sony Music sudah beritahu awal-awal besar kemungkinan ia tidak dimainkan di radio swasta lain kerana saya dan Dina kedua-duanya penyampai radio. Saya berasa terkilan kerana lagu tersebut adalah atas kapasiti kami sebagai penyanyi dan bukan penyampai radio," katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...