Demi kerana kuasa, pasukan gerak
saraf pakatan sanggup melakukan apa sahaja. Terbaru satu poster telah dikesan
di Changlun, Kedah Darul Aman yang memaparkan ‘fatwa sonsang’ juak-juak pakatan
yang mengunakan nama Sheikh Dr
Yusuf Al-Qaradawi. Kenyataan
tersebut ditemui melalui kain rentang yang menyatakan ‘Barangsiapa Yang Mereka
Fitnah Liwat Keatas Anwar Ibrahim Adalah Munafik dan Barangsiapa Yang
Mempercayainya Adalah Fasik’
