21 August 2007

Tangisan Anak Merdeka



Pada hari Sabtu minggu yang sudah, penulis telah menerima satu jemputan untuk bersama-sama menyaksikan satu persembahan teater yang di adakan di Maktab Polis Diraja, Cheras, Kuala Lumpur. Persembahan teater itu telah di persembahkan oleh Kumpulan Kesenian Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur yang bertajuk ‘Tangisan Api Kemerdekaan’.

Pementasan teater ini bertujuan untuk merai dan memeriahkan ‘Festival Teater Peringkat Wilayah Persekutuan’ bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-50.

Sepanjang pementasan teater tersebut, penulis dapat melihat beberapa orang pengunjung yang hadir telah menitiskan air mata (termasuklah penulis sendiri) kerana penghayatan yang diberikan dapat dirasai oleh penonton.

Walaupun kesemua para pelakon yang menjayakan persembahan itu bukannya terdiri daripada para pelakon handalan tanahair, namun mesej yang ingin mereka sampaikan benar-benar telah menyusup ke dalam jiwa penulis dan para penonton. Mereka yang menjayakan pementasan ini terdiri daripada kakitangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sendiri.

Tanpa perlu mengunakan ‘props’ yang hebat-hebat (PDRM hanya mengunakan latarbelakang sebuah rumah pasung (balai polis) untuk mengambarkan suasana yang berlaku) dilihat berjaya menyampaikan mesej yang terkandung.

Rentetan peristiwa penjajahan tanah melayu itu, telah berjaya di garap dan di olah dengan begitu baik oleh oleh pengarahnya, ACP Zakaria Yusof.

Pementasan pada malam itu di mulakan dengan peristiwa penjajahan Jepun di Tanah Melayu dan setelah kalah semasa perang dunia ke 2, pihak British telah mengambil alih kuasa (secara halus) dari pemerintahan raja-raja Tanah Melayu.

Babak yang seterusnya bermula apabila cadangan untuk menubuhkan ‘Malayan Union’ telah di tentang sekeras-kerasnya oleh para pemimpin politik tanahair.

Satu kongres Melayu yang menyatukan semua pertubuhan Melayu di Tanah Melayu di adakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 atas cadangan Dato' Onn bin Jaafar. Dalam mesyuarat ketiga Kongres Melayu Se-Malaya itu, keputusan dicapai untuk menubuhkan sebuah parti politik iaitu UMNO.

UMNO secara rasminya ditubuh pada 11 Mei 1946 dan melantik Dato' Onn bin Jaafar sebagai presiden pertama. Penentangan Malayan Union telah mencapai kejayaan dan Malayan Union di tukar kepada Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.

Bertitik tolak dari peristiwa itu, semangat menuntut kemerdekaan akhirnya menyala dan merebak ke suluruh pelusok tanahair sekaligus membangkitkan semangat nasionalisme umat Melayu dan akhirnya berjaya menjadikan Malaya sebagai bumi yang berdaulat.

Beberapa ketika dahulu penulis pernah mendengar seorang lelaki tua berkata kepada anak-anaknya supaya terus memastikan dan menjaga kedaulatan negara ini daripada di jajah semula. Jangan sesekali mempersiakan darah pejuang bangsa yang telah menggadaikan nyawa dan harta benda kerana mahu mengusir penjajah keluar dari bumi Melayu ini.

Beliau turut berpesan, andaikata kemerdekaan yang di perolehi ini gagal di pertahankan, kelak janganlah di salahkan generasi akan datang andaikata bukan air mawar yang di siram di atas pusara sebaliknya yang ditabur ialah air kencing sebagai tanda penghinaan.

Jangan sesekali membiarkan diri di hina oleh generasi seterusnya semata-mata kerana kegagalan dan kealpaan kita untuk mempertahankan bumi keramat ini.

Bukanlah niat untuk mengajar sejarah kemerdekaan negara ini, tetapi penulis hanya ingin membawa pembaca menyelami akan perit getir yang terpaksa di tempuhi oleh datuk dan nenek kita dalam mendapatkan kemerdekaan. Mungkin ada di antara kita yang terlupa dengan pejuang-pejuang bangsa seperti Tunku Abdul Rahman, Datuk Onn Jaafar, Ahmad Boestamam (sekadar menyebut beberapa nama).

Mereka inilah antara tenaga penggerak yang telah bertungkus lumus dan berhempas pulas tanpa mengira siang atau malam, penat atau lelah, mahupun kepentingan peribadi semata-mata hanya ingin melihat Malaya menjadi sebuah negara yang bebas merdeka.

Mengisi Kemerdekaan
Betapa besar dan luhurnya perjuangan mereka demi melihat bumi bertuah ini ditadbir urus mengikut acuan bangsa, budaya, dan keserasian masyarakat majmuk negara ini. Hasilnya inilah Malaysia seperti yang dapat kita lihat pada hari ini.

Namanya bukan sahaja mekar di rantau ini malah di segani dunia di atas cetusan-cetusan kecemerlangan yang di hasilkan oleh rakyat Malaysia di bawah kepimpinan lima Perdana Menteri yang berwawasan. Di terajui oleh Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra sehingga Perdana Menteri hari ini, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Malaysia tidak menoleh ke belakang lagi dalam mengejar impianya.

Walupun hanya di diami oleh 27 juta penduduk, keunikannya tersebar ke seluruh dunia. Kepelbagaian bangsa, pembangunan fizikal, keindahan alam semulajadi, kekayaan budaya malah kesinambungannya dalam arus kemajuan dunia telah memartabatkan semangat bangsa Malaysia.

Pembaca semua juga sedia maklum, di bumi Melayu ini juga Islam berjaya berkembang dan di pertahankan, hasil dari kemerdekaan ini juga Malaysia telah berjaya melahirkan ramai tokoh-tokoh dalam bidang perniagaan, ekonomi, perubatan, pendidikan, sebagainya.

Hasil kemerdekaan ini juga anak Melayu telah berjaya mendaki gunung yang tertinggi di dunia, berenang merentasi Selat Inggeris, berlayar mengelilingi dunia, ekspedisi jelajah kutub utara dan selatan, dan seribu macam kejayaan telah dikecapi dan boleh dibanggakan.

Terkini anak Melayu telah berada di ambang angkasa lepas dalam misinya merintis teknologi aeroangkasa buat di susuli generasi akan datang.Tidak kurang juga rakyat Malaysia ketika ini mampu untuk hidup secara aman damai dengan persahabatan dan pemuafakatan antara kaum yang saling di jalin erat antara satu sama lain. Paling keramat dalam semua keunikkan ini adalah keamanan dan keharmonian yang kita miliki, inilah aset prima negara.

Amerika contohnya yang telah mencapai kemerdekaan hampir 150 tahun juga di lihat gagal untuk mewujudkan toleransi antara kaum dan di lihat begitu tertarik dengan formula yang di guna pakai di Malaysia ini.Oleh yang demikian telah wujud perasan dengki dan khianat di hati mereka untuk sentiasa merosakkan perpaduan kaum dan keharmonian rakyat negara ini.

Penulis di fahamkan telah wujud gerakan-gerakan untuk memastikan negara terus berada dalam keadaan hura-hara dan secara tidak langsung menjadikan umat negara kembali di jajah.Sebagai contoh, bekas Timbalan Presiden Amerika, Al-Gore semasa kebangkitan reformasi suatu ketika, dilihat memberikan sokongan kepada mereka untuk terus menghuru-harakan negara.
Penjajahan ekonomi dan minda contohnya, juga merupakan satu pendekatan baru dalam merealisasikan impian untuk terus menjajah.

Pendekatan yang diguna pakai ialah, memilih individu tertentu untuk berkiblatkan kepada idealisme mereka dan sekaligus di jadikan sebagai boneka.Sebagai contoh lihat sahaja kepada pemimpin boneka mereka di Iraq, Afghanistan, Timur Laste, Palestin dan sebagainya. Mereka ini memengang jawatan sebagai ketua negara hanya pada nama, namun dalam urusan membuat keputusan perkenan Amerika hendaklah diperolehi terlebih dahulu.


Sekiranya dikaji secara mendalam Amerika sendiri sebenarnya adalah boneka untuk kerajaan Israel kerana dari pembuat dasar hinggalah Presiden negara itu, wajib mendapat kelulusan dari Israel. Maka untuk memastikan negara ini terus berdaulat (dalam ertikata merdeka), sokongan padu dari segenap masyarakat hendaklah diberikan, bagi mengelak negara ini menerima nasib yang serupa.

Oleh yang demikian setelah kita berjaya mewarisi kemerdekaan ini, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk mengisi kemerdekaan yang di perolehi dan mempertahankannya bagi di wariskan pula kepada generasi yang akan datang.

“Adalah sukar untuk mendapatkan kemerdekaan buat negara, namun untuk mengisi kemerdekaan ini adalah lebih sukar” petikan daripada kata-kata Tun Mahathir Mohamed, Mantan Perdana Menteri ke-4.

Penderhaka Negara
Apa yang mendukacitakan, tatkala rakyat bergembira untuk menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-50 Malaysia sebagai negara yang bebas, telah wujud seangkatan ‘tentera’ yang menyerang kerajaan dan pucuk pimpinan negara dari setiap arah.Angkatan ‘tentera’ yang di maksudkan bukanlah terdiri daripada mereka yang mengalas senapang dan bom tangan seperti yang biasa kita tonton di dalam televisyen dewasa ini.

Mereka ini terdiri daripada rakyat negara ini yang berkiblatkan barat yang saban hari menyerang kerajaan dengan seribu macam tohmahan dan fitnah. Modus operandinya ialah memainkan sentimen perkauman, institusi raja di cemar, kesucian agama Islam di hina, pemimpin kerajaan dipersenda, badan kepolisian diperlekeh, hinggakan semua projek pembangunan kerajaan untuk rakyat dimanipulasi untuk digagalkan.

Nawaitu mereka hanya satu untuk mengapi-apikan dan membangkitkan kemarahan rakyat untuk bangkit menentang kerajaan. Sekiranya ini berlaku kerajaan luar akan campur tangan dan memaksa kerajaan membentuk kerajaan baru yang akan di pilih di kalangan mereka yang boleh di jadikan sebagai boneka.

Sekiranya 50 tahun dahulu datuk dan nenek kita berperang melawan senjata menentang penjajah, kini memandangkan negara sudah moden serangan alaf baru telah dilancar menerusi laman web dan penulis-penulis blog yang menghentam dan mengkritik atas dasar hak kebebasan bersuara.Apa sahaja ruang yang boleh menguntung dalam menjayakan ‘wasilah’ mereka akan digunakan

Oleh itu atas dasar kebebasan hak untuk bersuara, pelbagai fitnah dan propaganda telah dicipta dan sentiasa dimainkan untuk menyakin rakyat. Ini kerana mereka bersandarkan kepada ‘cerita palsu kalau diceritakan hari demi hari, lama kelamaan akan dipercayai sebagai cerita betul’.

‘Target market’ mereka terdiri daripada mereka yang atas pagar, pegawai-pegawai kerajaan, mereka yang kecewa dengan UMNO apabila sesuatu yang diharapkan tidak kesampaian, para pelajar IPT dan kolej, generasi baru yang bakal mewarisi kepimpinan kerajaan, dan golongan yang baru berjinak-jinak di dalam dunia politik.

Golongan yang di nyatakan tadi adalah terdiri daripada mereka yang kurang arif dengan taktik licik dan kotor ini. Setiap hari apabila melayari laman web fitnah yang dibaca Selain daripada itu mereka juga mensasarkan kepada bangsa lain seperti cina dan india baik dari pembangkang mahupun parti komponen Barisan Nasional.

Pelbagai isu diputar-belitkan sehingga mereka ini sudah berani mempersoalkan kembali keputusan yang telah di buat.Setakat ini, mereka juga telah berjaya menjadikan bangsa Melayu sebagai majoriti negara ini saling berpuak-puak dan memusuhi antara satu sama lain. Pelbagai isu yang dibangkitkan semata-mata untuk memecah-belahkan perpaduan kaum yang telah dipupuk selama ini.

Licik dan kotor permainan yang mereka gunakan ini, ia bukan sahaja merosak kredibiliti kerajaan tapi yang lebih bahaya boleh meletakkan negara ini berada dalam huru-hara. Para pembaca yang budiman, inilah antara bentuk ‘hadiah’ yang diterima oleh kerajaan bagi meraikan majlis ulang tahun ini. Sedih dan amat memilukan, itulah antara perasaan yang sering bermain di dalam hati penulis ketika ini.

Betapa bangsa yang kecil ini sentiasa mempunyai sifat seperti ketam di dalam baldi, yang akan saling menarik sesama sendiri apabila ada yang ingin keluar. Perpecahan demi perpecahan sering dan kerap melanda, tanpa mengira waktu dan ketika.

Berbanding dengan bangsa lain yang sentiasa memastikan bangsa mereka berada di hadapan sekali untuk menguasai apa jua bidang. Yang lebih menyedihkan sudahlah lemah dalam pelbagai bidang, kuasa tunggal (politik) yang ada ketika ini pun mahu di pecahkan.

Masing-masing begitu sibuk mencari seribu macam jalan dan cara untuk merampas dan memusnahkan kuasa ini, tanpa memikirkan jalan untuk menguatkannya agar terus berada di tangan melayu.

Bangunlah Bangsaku
Pembaca sekalian juga mungkin biasa mendengar madah yang berbunyi ‘Dont ask what government can offer, but ask what yourself can offer to government’

Dalam erti kata mudah, jangan di tanya apakah sumbangan yang telah kerajaan berikan kepada rakyat selama 50 tahun usia kemerdekaan negara ini, tapi tanyalah kepada diri sendiri sejauh manakah sumbangan yang telah kita berikan untuk memastikan kemerdekaan yang di warisi ini mampu dipertahankan untuk 50 tahun akan datang?
Berpaksikan kepada kenyataan itulah penulis dan rakan-rakan seperjuangan telah mangambil inisiatif untuk menyumbangkan penulisan artikel bagi menjawab tohmahan yang di lemparkan kepada kerajaan selama ini.Bak kata pepatah ‘mata pena' itu kadangkala lebih tajam dari mata pedang’ yang membawa maksud kadangkala di dalam peperangan melalui bidang penulisan musuh yang kelihatan gagah perkasa mampu untuk di tumpaskan.

Jangan lupa, suatu ketika dahulu, mantan Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim juga tersungkur kerana buku ’50 Dalil’ karangan Khalid Jafri. Walaupun tidak secara keseluruhan namun sedikit sebanyak ia telah membantu menguburkan cita-cita Anwar itu.
Kemungkinan juga akan ada suara-suara sumbang yang mengatakan tulisan penulis dan rakan-rakan yang lain tidak akan mampu membawa sebarang makna dan perubahan dalam mempengaruhi pembaca.

Penulis sedar akan perkara itu, artikel yang di tulis ini mungkin tidak cukup kuat untuk berlawan hujah dengan mereka apatah lagi untuk menyedarkan kesemua pembaca atau mempengaruhi fikiran mereka yang telah sebati, taksub dan fanatik dengan dakyah yang telah dimomokkan selama ini.

Namun setidak-tidaknya kami telah mencuba sedaya yang mampu untuk menyedarkan mereka dan terus menyokong dan mempertahankan kerajaan. Amanat keramat yang diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi atau lebih di kenali sebagai Pak Lah sentiasa tersemat di hati kecil ini ‘Negara kita bukan besar untuk berpisah, bangsa kita tidak ramai untuk berpecah’.

Bersandarkan kepada amanat ini, penulis dan semua saf pejuang bangsa akan sentiasa terus berusaha untuk menyambung generasi terdahulu dalam mempertahankan kerajaan dari serangan pembangkang yang hanya mahu melihat umat negara ini terus dijajah dan terjajah. Semasa di peringkat awal penulisan artikel ini, penulis hanya bercadang untuk mengulas apa yang perlu sahaja.

Namun memandangkan bulan ini adalah merupakan bulan kemerdekaan di tambah pula dengan usianya yang menjangkau ke-50 tahun, ada baiknya penulis meluahkan apa yang terbuku selama ini. Siapa tahu mungkin penulis tidak berkesempatan untuk menanti 50 tahun akan datang untuk melihat apa yang terjadi.

Seandainya masih ada umur ketika itu dan kuasa masih lagi berada di tangan melayu, hanya syukur alhamdulillah yang dapat penulis katakan. Ini kerana tidak sia-sialah usaha penulis dan rakan seperjuangan selama ini.

Namun kiranya perkara yang sebaliknya berlaku pasti seribu penyesalan dan kesal akan bersarang di hati ini.Di akhir kalam, penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ‘Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-50’ buat seluruh rakyat Malaysia amnya dan Melayu khususnya.

Kalau bukan kita siapa lagi, kalau bukan sekarang bila lagi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...