08 April 2008

RAKYAT SELANGOR MENDAPAT ‘BONUS’ DARI ‘BARISAN RAKYAT’


Rakyat Selangor bakal diberikan ‘bonus’ oleh kerajaan negeri di atas sokongan yang telah diberikan di dalam Pilihnaraya Umum baru-baru ini. Bonus yang dimaksudkan itu bukanlah berupa wang ringgit yang lazimnya diterima oleh kakitangan kerajaan dan swasta pada setiap hujung tahun apabila syarikat meperolehi keuntungan.

Tapi bonus yang dimaksudkan adalah merupakan pembinaan ladang ternakan babi yang bernilai RM100 juta yang bakal dibina di daerah Sepang. Pembinaan kangdang babi berskala besar itu bakal menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri pengeluar daging babi terbesra di dalam negara.

Teresa Kok yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan Perindustrian dan Perladangan, menegaskan ladang yang bakal dibina ini bertujuan untuk dijadikan contoh kepada negeri lain dalam mengusahakan penternakan ladang babi secara moden.

Yang menjadikan pemberian ‘bonus’ ini lebih menarik adalah sokongan yang telah diberikan Pas kepada kerajaan negeri dalam melaksanakan projek ternakan ini. Dengan kemudahan untuk membelanjankan ‘wang rakyat’ yang diperolehi selaku kerajaan yang memerintah, Selangor dilihat cuba merasuah penduduk berbangsa Cina dan India dengan pembinaan ladang ternakan ini.

Sekiranya semasa menjadi pembangkang dahulu, mereka kerap menyalahkan kerajaan kerana terlalu boros dalam membelanjakan wang rakyat. Namun kini tindakan yang diambil ini di lihat lebih melampau kerana pengunaan wang rakyat ini hanya berkepentingan untuk sebelah pihak sahaja.

Pandangan dan sensitiviti bangsa Melayu langsung tidak diambil kira walaupun bangsa ini adalah merupakan kaum majoriti di dalam negeri Selangor. Dr Halimah yang merupakan Exco Kerajaan Negeri Selangor turut menegaskan beliau dan dua lagi Exco Pas menyokong penuh projek berkenaan.

Adalah benar agama Islam tidak pernah menghalang penganut agama lain dari menjalankan cara dan gaya hidup mereka, namun sebagai sebuah negeri yang mempunyai masyarakat majmuk adalah penting untuk mereka menjaga sensitiviti kaum lain.

Pembinaan ladang ternakan berskala besar ini, bukanlah atas faktor kekurangan bekalan bahan mentah tersebut di pasaran tapi lebih bertujuan untuk memodenkan sistem yang sedia ada disamping mengalakkan pengeluaran daging babi ini dipasaran.

Dan lagi projek yang bakal dibina ini juga berkemungkinan mempunyai implikasi dari segi alam sekitar, kebersihan dan kesihatan. Sudah kawasan yang dipilih merupakan kawasan yang dihuni oleh majoriti Melayu, cadangan tapak pembinaan juga tidak jauh dari penempatan mereka.

Rakyat negeri Selangor seharusnya sedar, sokongan yang diberikan kepada pakatan rakyat ini sehingga mereka mampu membentuk kerajaan bukan sahaja telah menyebabkan kuasa politik Melayu terhakis. Tapi terpaksa dibayar dengan harga yang mahal apabila maruah dan sesitiviti budaya serta agama bangsa Melayu yang tidak lagi dijaga dan diambil kira.

Lantaran itu, sepanjang tempoh pemerintahan ini rakyat Selangor hanya mampu bersabar dan menerima natijah hasil dari tindakan dan kesilapan yang mereka lakukan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...