Penulis berasa terpanggil untuk mengulas berkenaan isu yang dibangkitkan oleh akhbar The Sun pada 16 April 2008 yang lalu mengenai WSFFM yang kononnya membazirkan wang pembayar cukai. R. Nadeswarans selaku penulis artikel tersebut (“Song and dance while others suffer”) juga dilihat begitu kritis dalam mengkritik Kementerian Belia dan Sukan semasa diterajui oleh YB Datuk Seri Azalina Othman Said.
Sebelum penulis membincangkan perkara ini, ada baiknya kita selaku pembayar cukai (seperti yang dimaksudkan oleh Nadas), mengambil jalan bertenang terlebih dahulu sebelum membuat sebarang penilaian. Mereka-mereka yang cuba dikaitkan ini, bukanlah asing bagi kita malahan ‘track record’ yang ditunjukkan sebelum ini terutamanya Azalina dilihat begitu cemerlang.
Sebagai contoh, dengan pelbagai usaha dan program yang dijalankan oleh pihak kementerian, golongan belia dilihat semakin berminat untuk berpesatuan dan menyertai aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan. Persatuan-persatuan sukan juga semakin aktif dalam merangka pelbagai program untuk meningkatkan mutu sukan di negara ini.
Berbalik kepada isu pokok yang dibangkit, sebelum penulis memberikan ulasan ada baiknya kita mengenal terlebih dahulu persatuan yang dipanggil Women Sports and Foundation Malaysia (WSFFM) ini.
WSFFM adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang pertama di negara ini dalam memperjuangkan hak-hak wanita di dalam bidang sukan. Umum mengetahui wanita di negara amat kurang melibatkan diri di dalam bidang sukan dan kecergasan terutama pada mereka yang telah berumahtangga. Berbanding dengan negara barat, penglibatan wanita di dalam bidang ini di lihat lebih aktif dan mengalakkan.
Oleh yang demikian, penulis merasakan tidak timbul isu untuk mempertikaikan pemberian kontrak tersebut. Di atas usaha yang digerakkan oleh WSFFM ini, kita seharusnya lebih menghargai peranan yang dimainkan terutama dari mereka-mereka yang bergelar wanita.
Tugas yang digalas oleh WSFFM bukanlah satu tanggungjawab yang mudah, kerana rata-rata wanita di negara Asia telah lama dibelenggu oleh pemikiran kuno yang membataskan wanita untuk bergiat lebih aktif di dalam bidang sukan. Tambahan pula wanita sering dilabelkan sebagai masyarakat kelas kedua oleh sesetengah pihak terutamanya mereka yang bergelar lelaki.
Bukanlah niat penulis untuk menyalahkan lelaki di dalam hal ini, namun kadangkala ketidakseimbangan yang wujud ini benar-benar menolak peranan dan tanggungjawab kaum wanita.
Isu kedua yang dibangkitkan adalah berkaitan pembaziran yang dilakukan hingga mencecah jutaan ringgit serta wujdunya kemungkinan salahguna kuasa yang dilakukan oleh Azalina. Tuduhan liar ini dilihat hanya semata-mata untuk merosakkan kredibiliti Azalina selaku Penaung persatuan tersebut.
Pengerusi Eksekutif WSFFM, Dr S. Hamala juga tampil menjelaskan, tidak wujud sebarang salah guna kuasa kerana satu jawatankuasa induk khas yang menapis semua tender dan mengaudit persatuan terbabit.
Wakil dari WSFFM juga turut menegaskan hanya disebabkan kesilapan menterjemah perkataan persembahan sebagai ‘entertaiment’ ia telah mengakibatkan persatuan itu diseret ke kancah kontroversi.
Sekiranya diteliti secara mendalam, isu remeh yang dibangkitkan ini hanyalah disebabkan wujudnya segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan kecemerlangan yang diberikan oleh bekas Menteri Belia dan Sukan itu dan lebih bermotifkan serangan peribadi.
Golongan yang tidak berpuas hati ini, dilihat cuba melakukan serangan demi serangan dalam usaha untuk mencari kepentingan peribadi.
18 April 2008
WSFFM DILANDA KONTROVERSI LANTARAN SALAH TAFSIR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment