Kemelut berdarah yang sedang
melanda Lahad Datu ketika ini telah mengundang pelbagai persepsi dari pelbagai
pihak khususnya di kalangan pimpinan pembangkang. Pelbagai tuduhan dan fitnah
dilemparkan ke atas kerajaan BN/Umno khususnya Datuk Seri Najib bagi menambahkan
sentimen kebencian rakyat yang telah ditanam sejak sekian lama.
Tidak cukup dengan kenyataan
Tian Chua yang mengatakan, pencerobohan bersenjata di Lahad Datu adalah merupakan
sandirawa Umno, malah ada di kalangan penyokong mereka yang tergamak menghina
wira negara yang terkorban dengan kata-kata kesat seperti mati katak, anjing
kerajaan dan sebagainya.
Sebelum kita membuat
pelbagai andaian berhubung tragedi ini, ada baiknya kita meneliti analisa yang
dikeluarkan oleh pemerhati politik dalam dan luar negara berhubung isu ini.
Mereka berpendapat tindakan ketua pembangkang, Anwar Ibrahim yang mengadakan
perjumpaan bersama pemimpin utama Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur
Misuari adalah bertujuan untuk mempengaruhi tentera kerajaan Sulu agar datang
ke Sabah.
Analisa itu juga berdasarkan
kepada laporan yang dikeluarkan oleh media antarabangsa Reuters dan agensi
perisikan tentera Filipina sebelum ini. Mereka antara lainnya mendakwa Anwar
adalah merupakan dalang utama terhadap serangan yang dilakukan oleh kumpulan pencerobohan
bersenjata.
Namun yang menjadi persoalan
utama ialah, mengapakah Anwar tergamak melakukan pengkhianatan tersebut? Ini
adalah disababkan kerana, menurut analisa tersebut, pakatan pembangkang tidak
mempunyai keyakinan terhadap sokongan rakyat Sabah untuk menolak kerajaan
BN/Umno.
Dan sekiranya sokongan
rakyat Sabah gagal diperolehi, ia sekaligus bakal menyebabkan impian Anwar
untuk merampas Putrajaya hancur berkecai dan bakal menjadi mimpi ngeri buat
dirinya. Oleh yang demikian strategi ‘matlamat menghalalkan cara’ perlu
digunapakai dalam berdepan dengan dilema ini.
Secara keseluruhan Sabah
mempunyai 25 kerusi parlimen, dan pakatan pembangkang dikatakan hanya mampu mencapai
kemenangan untuk kerusi Kota Kinabalu. Selebihnya masih lagi samar kerana
beberapa faktor seperti jarak kawasan yang luas, pecahan pengundi dan
sebagainya. Tanpa sebarang kepastian untuk menembusi kubu kuat BN/Umno ini,
sudah pasti Awar tidak berani untuk memperjudikan nasibnya.
Maka
sesuatu perlu dilakukan
agar huru-hara dapat tercetus di Sabah dan sekaligus memaksa pemerintah
untuk mengadakan darurat. Sekiranya Sabah telah diletakkan di dalam
keadaan darurat, ia sedikit sebanyak dapat menghalang negeri di Bawah
Bayu itu
dalam menghadapi proses pilihanraya umum.
Dengan cara itu, kerajaan
BN/Umno perlu menjalankan pilihanraya yang berasingan di Sabah sekaligus
membolehkan Anwar untuk memberikan tumpuan dan fokus yang menyeluruh hanya di
kerusi-kerusi yang boleh ditembusi dan memastikan BN kalah di dalam PRU13. Untuk mengelakkan dari menjadi tumpuan
serangan, Anwar mengunakan isu pemberian kad pengenalan sabagai ‘escape point’
dalam perancanagn jahatnya itu.
Tidak ketinggalan juga, rakyat
Sabah berketurunan Sulu pada ketika ini dianggarkan hampir 60 ribu orang. Oleh
yang demikian, serangan yang dilakukan oleh pihak keselamatan negara terhadap
penceroboh bersenjata, sekaligus mampu mengundang simpati rakyat Sabah dan
seterusnya marah dengan tindakan pemerintah.
Pendekatan serampang dua
mata ini, dilihat akan mampu memberikan kekuatan sokongan terhadap Anwar dalam
memastikan usaha untuk menjadi Perdana Menteri tercapai. Begitulah telitinya
perancangan Anwar dalam memastikan
obejktifnya tercapai dan terlaksana.
No comments:
Post a Comment