Portal HarakahDaily dan
tidak ketinggalan cybertroopers pembangkang ketika ini, begitu hebat menyerang
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertujuan untuk mengaitkan kerajaan
dengan pencerobohan bersenjata di Sabah. Pelbagai gambar telah dimuatnaik di
dalam portal rasmi parti yang mendakwa memperjuangankan Islam itu dan disusuli
dengan serangan bertali arus di media-media sosial seperti Facebook dan
Twitter.
Tanpa mengambilkira sama ada
laporan tersebut mempunyai nilai fakta atau tidak, media dan cybertroopers pembangkang
terus cuba meyakinkan rakyat dengan berita fitnah, seperti yang sering
dilakukan sebelum ini. Gambar pemimpin Barisan Pembebasan Islam
Moro (MILF), Murad Ebrahim dengan
Perdana Menteri sengaja disensaikan bagi meyakinkan rakyat.
Merasakan
ia merupakan peluang keemasan untuk menyalahkan Umno, mereka dengan pantas cuba
mengaitkan kononnya kerajaan adalah merupakan dalang sebenar. Ia antaranya bertujuan
untuk menutup isu mengenai penglibatan Anwar seperti yang di dakwa oleh media
antarabangsa Reuters dan badan perisikan tentera Filipina sebelum ini.
Sedangkan
faktanya, Harakahdaily sebenarnya telah terkeliru dan gagal membezakan antara MILF pimpinan Murad
dengan Moro National Liberation Front (MNLF) yang ditubuhkan pada 1971 pimpinan
Nur Misuari dan Salamat Hashim (Ustaz Hashim).
Untuk
pengetahuan semua juga MILF tidak pernah mengiktiraf kesultanan Sulu, berbanding
MNLF yang mempunyai hubungan yang akrab dengan Jamalul Kiram III yang kononnya merupakan waris sah
kerajaan Sulu Darul Islam.
Kejayaan
Malaysia sebagai orang tengah terhadap perundingan damai yang akhirnya berjaya
menghasilkan perjanjian berkenaan kawasan tanah warisan atau Memorandum of
Agreement on Ancestral Domain (MOA-AD) pada 2008 rupanya tidak begitu
disenangi oleh Misuari.
Kesempatan
tersebut, rupanya tidak dipersiakan oleh pengkianat negara, yang lantas
mengadakan perjumpaan sulit bersama Misuari. Lebih menarik lagi, tidak lama
selepas perjumpaan sulit itu, negara digemparkan dengan pencerobohan bersenjata
oleh kumpulan yang mendakwa sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu.
Apakah
ia hanya kebetulan atau laporan media Filipina mengenai penglibatan pembangkang
ada kebenarannya? Menjadikan isu ini lebih menarik perhatian ialah, ketika
Anwar berdepan dengan masyarakat yang menuntut penjelasannya mengenai
perjumpaan rahsia tersebut, Misuari secara tiba-tiba tidak mengeluarkan
kenyataan.
Mantan
pemimpin MNLF itu antara lainnya mengatakan, beliau mendapat maklumat kononnya tragedi
penceroboh bersenjata itu adalah kerana jemputan yang dilakukan oleh Perdana Menteri.
Selain
dari itu, Misuari juga dilaporkan telah memberikan kenyataan berbaur ugutan
kepada kerajaan dengan mengatakan akan menghantar tentera bantuan MNLF
sekiranya Tentera Diraja Kesultanan Sulu dibunuh oleh pihak keselamatan
Malaysia.
Kesimpulannya,
rakyat perlu melihat, siapakah yang bakal mendapat keuntungan sebenar terhadap
targedi berdarah ini. Dengan cara itu, semua teka-teki dan persoalan yang
terdedah dengan sendiri.
No comments:
Post a Comment