01 March 2013

BILA ULAMA MEMIHAK, KEMANA HARUS KITA RUJUK????


Pelik tetapi benar. Sepanjang saya menimba ilmu, saya dinasihati sekiranya ada perbalahan dengan sesiapa sahaja pergilah meminta nasihat dengan orang berilmu, matang dan banyak pengalaman. Jika di pejabat, kita berjumpa pakar-pakar yang boleh membantu kita untuk meneruskan tugas yang diberi kepada kita.

Jika hal pengajian, kita jumpa profesor-profesor dalam bidang yang mereka banyak ilmu dan kepakaran. Begitu jugalah dalam bidang agama dan rumah tangga, kita jumpa ulama untuk mendapat nasihat bagi menyelesaikan masalah kita.

Namun sejak kebelakangan ini, ulama tidak menjalankan tugas sebagai penasihat, iaitu menasihati kedua-dua pihak yang berbalah. Sebaliknya, sebahagian daripada mereka lebih suka menyebelahi pihak yang sefahaman dengan mereka.

Jadi, saya syorkan ulama kenalah pilih pendirian sama ada mahu memihak atau menasihati orang yang datang meminta bantuan. Jika memilih mahu memihak, maka bukanlah lagi mereka bertaraf ulama, kerana sudah diselaputi dengan kata-kata menghina dan mencerca seseorang.

Bertambah buruk jika fikirannya bercelaru (cognitive disorder) disebabkan oleh tekanan, makan ubat berlebihan dan sebagainya. Sepatutnya, mereka yang bergelar ulama mesti berhati mulia, cekal, jernih air muka, tabah hati selari dengan taraf sebagai ulama.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...