Kenyataan terbaru bekas
penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang sebelum ini telah melarikan diri
sejurus selepas membuat 2 pengakuan bersumpah yang saling bercanggah berhubung
kes pembunuhan Altantuya di lihat amat meragukan. Dia yang tampil semalam di atas
pentas pakatan pembangkang mendakwa kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
terlibat di dalam kes pembunuhan tersebut.
Yang menghairankan ialah, semua
dakwaan tersebut tidak disertakan dengan sebarang bukti dan boleh disifatkan
sebagai percubaan jahat untuk merosakkan imej Perdana Menteri semata-mata.
Sedangkan sebelum ini,
mantan peguam bela Anwar Ibrahim, Datuk Zulkifli Nordin yang juga merupakan
peguam berhubung kes tersebut menyatakan semua kenyataan Bala itu adalah
merupakan fitnah dan niat jahat. Ini kerana menurut Ahli Parlimen Kulim Bandar
Baru itu, Bala selaku saksi ketika prosiding soal siasat, tidak pernah
membangkitkan langsung isu yang diperkatakan ketika ini.
Dan sebagai peguam pembela,
sekiranya terdapat sebarang keraguan yang boleh dikaitkan dengan Perdana
Menteri, maka akan digunakan semaksimum mungkin demi untuk merealisasikan
impian Anwar. Malah menurut beliau lagi, pernah satu ketika Anwar Ibrahim telah
memberikan arahan kepadanya agar mewujudkan bukti ‘palsu’ untuk dikaitkan
dengan Datuk Seri Najib yang pada ketika itu memegang jawatan sebagai Timbalan
Perdana Menteri.
Selaku orang yang pernah
bersama dengan Anwar, Zulkifli Nordin juga turut menjelaskan, modus operandi
yang digunakan oleh mereka adalah mudah dan pernah digunakan beberapa kali oleh
pakatan pembangkang dalam kes-kes tertentu. Iaitu dengan mengunakan seseorang
yang terlibat dengan kes yang dibangkitkan dan mempengaruhi mereka untuk mereka
cipta bukti.
Bagi mewujudkan kredibilti
terhadap bukti ciptaan tersebut, maka beberapa sandiwara perlu dimainkan
sebagai satu usaha untuk mewujudkan keraguan dan persepsi di kalangan
masyarakat. Dan seperti yang di katakan sebelum ini, selepas beberapa hari,
kononnya atas nama pendedahan sebenar, Bala sekali lagi tampil membuat
pengakuan bersumpah kononnya kenyataannya sebelum ini adalah palsu.
Sejurus selepas kenyataan
itu, Bala terus menghilangkan diri untuk beberapa tahun, dan kembali semula
beberapa hari yang lepas untuk mengatakan kononnya dia telah diugut, diancam, diarahkan dan sebagainya.
Maka benarlah seperti dakwaan Zulkifli Nordin sebelum ini ia adalah merupakan
satu skrip lakonan yang telah dirancang bagi menguatkan kredibiliti kenyataan
tersebut.
Memandangkan isu yang
dibangkitkan ini adalah atas dasar kredibiliti, maka ada baiknya diadakan satu
program wacana ilmu atau debat terbuka di antara Bala dan Zulkifli Nordin.
Ia secara tidak langsung
dapat membersihkan imej Bala yang tercemar sebelum ini.
Dengan cara ini juga,
masyarakat secara keseluruhan dapat menilai sama ada isu yang dibawa ini
mempunyai fakta atau hanya sandiwara demi kepentingan sesetengah pihak yang
ingin merampas kuasa di Putrajaya.
Biarkan rakyat menilai,
daripada terus disajikan dengan laporan dan maklumat rekaan ciptaan mereka yang
berkepentingan. Tambahan pula, Bala juga sebelum ini mengatakan objektif
utamanya ialah untuk menjatuhkan kerajaan BN/Umno. Kenyataan tersebut, jelas
membuktikan isu yang di bangkitkan ini hanyalah merupakan isu politik yang
membawa pendekatan ‘matlamat menghalalkan cara’.
No comments:
Post a Comment