Saya terpanggil untuk menulis kerana melihatkan orang Melayu semakin menunjukkan perpecahan secara terbuka. Tidakkah kita sedar bahawa ada mata-mata yang memerhatikan perpecahan
kita? Tidakkah kita malu menunjukkan kelemahan kita? Di manakah
perpaduan kita yang dituntut oleh Islam? Tidakkah kita sedar bahawa dengan perpecahan bangsa kita akan memberikan kekuatan kepada bangsa lain?
Pernahkah kita lihat bangsa Cina menghina dan mengeji bangsa mereka
sendiri? Tidak ada satu pun artikel di Malaysia menunjukkan bangsa Cina
menghina bangsa mereka walaupun mereka berlainan fahaman politik.
Kita tanpa sedar telah terpengaruh dengan dakyah-dakyah Yahudi untuk
melihat perpecahan di kalangan umat Islam. Kita lupa sejarah. Kita lupa
bahawa Yahudi telah lama mengawal umat Islam di dunia ini. Tidakkah kita
sedar umat Islam hanya bertuhankan Allah SWT, berasulkan Rasulullah
SAW, berkiblatkan Kaabah dan berkitabkan al-Quran yang satu.
Kenapa boleh wujudnya pelbagai fahaman di dalam Islam itu sendiri
seperti syiah, wahabi dan yang terkini pluralisme. Siapakah dalang di
sebalik wujudnya fahaman-fahaman ini?
Pembunuhan berlaku dalam kalangan umat Islam sejak zaman berzaman
demi untuk menegakkan fahaman masing-masing dan membuatkan kita lupa
bahawa Israel sedang menjajah dan membunuh rakyat Palestin namun kita
tidak berkemampuan untuk melakukan apa-apa.
Lihat sahaja di Mesir dan Iraq. Apa yang terjadi di negara itu
disebabkan mereka terpengaruh kononnya untuk memartabatkan negara
demokrasi. Peperangan masih berlaku, kemakmuran dan kekayaan negara
mereka dibolot oleh orang lain sementara rakyat terus berbalah sesama
sendiri.
Di Asia Tenggara, hanya di Malaysia dan Brunei sahaja umat Islam boleh beribadat tanpa sebarang halangan.
Kerajaan Malaysia memperuntukkan jumlah wang yang besar untuk
meningkatkan syiar Islam dalam kalangan rakyat. Pembangunan
infrastruktur seperti pembinaan sekolah agama, masjid, universiti
dilakukan demi memartabatkan Islam di negara ini.
Kerajaan juga menghantar anak-anak muda untuk belajar agama ke luar
negara demi memastikan pembangunan dan ketamadunan Islam ini agar tidak
terhenti dan terus dikembangkan.
Agensi-agensi seperti Tabung Haji, Pusat Zakat, Bank Islam dan pelbagai lagi kemudahan ditubuhkan agar rakyat mendapat manfaat.
Lihat sahaja Singapura, Thailand, Filipina dan Myanmar yang mana
penduduk Islam tidak mempunyai kuasa. Adakah mereka mempunyai kemudahan
seperti kita?
Penduduk Rohingya di Myanmar ditindas dengan kejam. Penyebaran Islam
dikawal ketat di Singapura manakala di Indonesia, penyebaran agama
Kristian begitu berleluasa.
Penduduk Islam di Thailand serta Filipina terpaksa mengangkat senjata
semata-mata untuk menegakkan hak. Jadi, tidakkah kita penduduk Islam di
Malaysia ini patut bersyukur?
Melayu mudah lupa tentang sejarah sejak zaman Melayu Melaka,
penjajahan British, Belanda dan Jepun, ancaman komunis serta tragedi 13
Mei. Semuanya berpunca daripada orang Melayu yang bersifat tamakkan
kuasa, maka dengan mudah berlakunya peristiwa-peristiwa tersebut dan
jangan lupa siapa dalang di sebalik semua itu.
Kita jangan lupa bahawa pusat strategi Yahudi amat dekat dengan negara kita.
Pelbagai strategi dijalankan untuk melemahkan Islam untuk melihat umat Islam berpecah-belah.
No comments:
Post a Comment