Showing posts with label CCTV. Show all posts
Showing posts with label CCTV. Show all posts

03 February 2014

Sabotaj Punca Muzium Lilin I-City Terbakar??


SHAH ALAM: Sepuluh bahan pameran di muzium lilin i-City, Shah Alam musnah dalam kebakaran Rabu lepas, dipercayai akibat sabotaj.

Dalam kenyataan hari ini, I-Berhad, pemaju induk i-City berkata Red Carpet@i-City dipecah masuk pada awal Rabu menyebabkan insiden kebakaran itu yang memusnahkan sebahagian daripada pameran.

27 January 2014

Video : Buang Bayi Di Tandas, Polis Buru Suspek Wanita



KANGAR: Polis Perlis memburu suspek yang dipercayai dalang dalam kejadian buang bayi di Masjid Alwi di sini Khamis lalu. Imej suspek dirakam pada kamera litar tertutup CCTV masjid berkenaan dan kini diteliti polis.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin mengesahkan perkara itu dan kini memburu dua suspek termasuk wanita di dalam video.

04 September 2013

Identiti Suspek Langgar Lari Dikesan



Sathiva A/L Kumarasamy adalah suspek langgar lari melibatkan kereta BMW dan motorsikal. Kejadian ini telah berlaku pada 2 September 2013 sekitar pukul 6.17 petang. Pada minit ke 0.14 suspek yang membawa kereta mewah telah melanggar mangsa yang menungang motorsikal sehingga mangsa tersungkur diatas jalan raya.

Menyedihkan apabila suspek terus memecut laju dari lokasi kejadian tanpa menolong mangsa yang cedera. Pada masa yang sama, kejadian itu juga telah dirakam oleh CCTV dari sebuah kereta proton Saga FLX.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...