![]() |
| MOHD Afizi cubaan membunuh seorang janda dan dua anak perempuan dengan membakar mangsa di Setapak, 21 Januari lalu. |
Kuala Lumpur: Seorang mekanik di sebuah kedai basikal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tiga pertuduhan masing-masing cubaan membunuh seorang janda dan dua anak perempuan wanita itu dengan membakar mangsa di Perumahan Awam, Desa Rejang, Setapak, minggu lalu.
Tertuduh, Mohd Afizi Abdul Rahman, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bache.
