![]() |
| Gambar Hiasan |
Pengalaman dua kali
rumah dimasuki perompak membuatkan hidupnya trauma sehingga kini. Malah lebih
menyedihkan apabila wanita malang itu turut dibogelkan mereka yang tidak
berperikemanusiaan itu. Sudahlah hidupnya susah bersama seorang anak orang
kurang upaya (OKU), dia dirompak lagi sambil dihunus dengan parang panjang
tanpa ada belas kasihan.
Salmina Yusof, 48, berkata, kejadian kedua selepas dua bulan dirompak pada hujung tahun lalu benar-benar meninggalkan kesan trauma dalam hidupnya dan membuatkannya lebih berhati-hati. Menurutnya, dia diperdayakan dua lelaki yang memintanya membuka pintu pagar kerana ingin menghantar sumbangan kepada anaknya, Nurul Syafikah Jasni, 17.
“Mereka telanjangkan saya bulat-bulat sambil menghunus parang panjang selepas saya merayu tak ada duit nak diberikan.
