Showing posts with label OKU. Show all posts
Showing posts with label OKU. Show all posts

04 September 2013

Sebab Tak Ada Duit, Seorang Ibu Dipaksa Telanjang Bulat


Gambar Hiasan
Pengalaman dua kali rumah dimasuki perompak membuatkan hidupnya trauma sehingga kini. Malah lebih menyedihkan apabila wanita malang itu turut dibogelkan mereka yang tidak berperikemanusiaan itu. Sudahlah hidupnya susah bersama seorang anak orang kurang upaya (OKU), dia dirompak lagi sambil dihunus dengan parang panjang tanpa ada belas kasihan.

Salmina Yusof, 48, berkata, kejadian kedua selepas dua bulan dirompak pada hujung tahun lalu benar-benar meninggalkan kesan trauma dalam hidupnya dan membuatkannya lebih berhati-hati. Menurutnya, dia diperdayakan dua lelaki yang memintanya membuka pintu pagar kerana ingin menghantar sumbangan kepada anaknya, Nurul Syafikah Jasni, 17.

“Mereka telanjangkan saya bulat-bulat sambil menghunus parang panjang selepas saya merayu tak ada duit nak diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...