Showing posts with label Lee Chin Cheh. Show all posts
Showing posts with label Lee Chin Cheh. Show all posts

18 February 2014

#PRKKajang Sultan Selangor Larang Kerabat Diraja Terlibat


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melarang semua kerabat diraja Selangor daripada campur tangan, melibatkan diri atau membiarkan mana-mana pihak menggunakan kedudukan mereka untuk kepentingan mana-mana parti politik dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

03 February 2014

#PRKKajang @anwaribrahim Dia Letak Jawatan, Untuk Bagi Laluan Pada Saya - Anwar



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti-parti sekutu dalam pakatan pembangkang memang telah membuat perancangan untuk mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang bagi memberi laluan kepadanya bertanding di kawasan itu.

Beliau berkata peletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh pada 27 Januari lepas juga dilakukan menerusi rundingan terlebih dahulu, dan bukan secara mengejut.

01 February 2014

#PRKKajang PKR Rela Ditolak Pengundi @rafiziramli


SHAH ALAM - PKR sedia ditolak oleh pengundi dalam PRK Dun Kajang sekiranya pengundi berasa parti tersebut mempermainkan demokrasi ekoran tindakan mengosongkan kerusi tersebut untuk diberikan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menjayakan satu agenda.

Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, tindakan itu sebenarnya berisiko tinggi kerana taruhan yang dibuat terlalu besar dan bukan calang-calang.

29 January 2014

@DPPMalaysia @suhaizankayat @Khalid_Ibrahim @anwaribrahim Pemuda PAS Ancam Boikot Kempen PRK Kajang


Pemuda PAS Selangor mengancam memboikot kempen pilihan raya kecil Kajang jika PKR gagal memberi penjelasan bertulis munasabah terhadap pengosongan kerusi DUN itu.

Ketua Pemuda PAS negeri Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata, jika penjelasan gagal dibuat, arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jenteranya supaya tidak bekerjasama membantu kempen calon PKR.

28 January 2014

@nohomar Tukar MB, Beritahu Dan Dapatkan Perkenan Sultan - @Khalid_Ibrahim


Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, pelantikan menteri besar di negeri itu perlu mendapat konsensus daripada tiga komponen parti dalam Pakatan Rakyat seterusnya mendapat perkenan sultan.

"Tak ada. Proses pelantikan MB perlu mendapat konsensus ketiga-tiga parti (dalam Pakatan Rakyat). Calon menteri besar dipilih dan dipersetujui ketiga-tiga parti.

27 January 2014

ADUN Kajang Letak Jawatan



Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat hari ini

Perkara itu diumumkan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh petang ini dan akan dimaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...