Bagi mereka yang mengikut perkembangan politik Selangor pasti masih ingat kenyataan ‘cover line’ Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail beberapa hari lalu. Menurut Saifuddin, isu tersebut TIDAK dibincangkan pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang diadakan pada 15 Januari lalu.
"Mesyuarat itu tidak membuat keputusan yang bersetuju untuk menggantikan beliau (Khalid). Kami memandang serius isi kandungan dan anggapan laporan akhbar itu," katanya pada sidang media khas di ibu pejabat PKR baru-baru ini.
