SEORANG rakan daripada sebuah unit falak sebuah
universiti di utara tanah air memberitahu penulis tentang dua tarikh
penting yang senantiasa dinantikan umat Islam. Ia berkisar tarikh mula berpuasa dan sambutan Aidilfitri. Ditanya bila tarikh kedua-duanya? Jawabnya, dari pengamatan unit
falaknya, yang memang disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(Jakim) sahih saban tahun - umat Islam di negara ini dijangka mula
berpuasa pada Sabtu, 21 Julai depan manakala Hari Raya Aidilfitri
disambut pada Ahad 19 Ogos. Dengan tarikh sedemikian, umat Islam akan berpuasa selama 29 hari.