Pertubuhan Pribumi
Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan Islam
di negara ini mempergiat penjelasan mengenai isu kalimah Allah. Ini kerana kata
Naib Presidennya Datuk Zulkifli Noordin, masih ramai umat Islam yang didapati
tidak memahami betapa pentingnya isu itu diperjuangkan bagi mengelak diguna
oleh bukan Islam.
"Saya ada terima
''tweet'' daripada orang Islam sendiri yang masih mempertikaikan kenapa kita
menghalang agama Kristian untuk menggunakan kalimah Allah. Ada juga mesej yang
saya dapat mengatakan berdemo untuk membantah isu kenaikan (harga) minyak lagi
baik dari perkara ini," katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan
Istana Kehakiman di sini hari ini.