Perbuatan aib seorang operator pengeluaran dengan menunjukkan kemaluannya kepada seorang penuntut wanita sebuah universiti tempatan membawa padah apabila didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Hukuman itu diputuskan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh terhadap P Annadorai, 33, yang tenang sebelum mengaku bersalah selepas tuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Tamil.
