Showing posts with label keputusan mahkamah. Show all posts
Showing posts with label keputusan mahkamah. Show all posts

21 January 2010

Hari kebenaran semakin hampir


Terus Berdoa, Istiqamah dan Sabar..
Tahun 2010/1431: Tahun Kebenaran

Hari Kebenaran yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia bakal tiba. Syukur kehadhirat Allah s.w.t kerana dengan Izin-NYA, saya masih lagi dapat bertahan untuk meneruskan perjuangan hingga ke hari ini.



Dalam meniti hari-hari terakhir episod penantian yang bakal menjangkau satu tahun setengah ini, persiapan rapi perlu dilakukan bagi memperlengkapkan diri sebelum masuk ke gelanggang perbicaraan nanti. Akan tetapi, pada hemat saya persiapan yang dilakukan secara bersendirian mesti banyak kelemahan-kelemahannya.

Maklumlah, ilmu pun tidak secukup mana dan ini baru pertama kali saya akan beri keterangan di mahkamah.

Justeru, saya dengan rasa rendah diri ingin memohon jasa baik anda bagi memberi bimbingan(tips2) persiapan perbicaraan dari segi psikologi, spiritual, kekuatan rohani, perundangan, bahan bacaan, cara-cara memberi keterangan, menjawab soalan, atau ilmu-ilmu yang sepatutnya bagi memantapkan diri saya apabila di mahkamah kelak.

Kepada yang sudi membimbing , bolehlah menghantar kiriman anda ke alamat email HariKebenaran@gmail.com , diruangan komentar entri ini, atau di Facebook saya

Nasihat dan bimbingan oleh pakar-pakar dan profesional yang berkenaan dan para ilmuan juga amat dialu-lukan.

Kesudian anda untuk membimbing dan membantu saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Semoga Allah s.w.t membalas jasa-jasa anda.

Akhir kalam, saya berharap agar pihak tertuduh tidak lagi berdolak dalih untuk menangguh perbicaraan yang bakal berlansung pada 25hb Januari 2010 ini nanti.

Akan terus berdoa, istiqamah dan sabar. Kepada Allah saya berserah..

Yang HAK Pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

SAIFUL BUKHARI

p/s: Atas faktor 'keselamatan', saya ingin mohon maaf terlebih dahulu kerana saya tidak dapat membalas email-email yang dihantar. Identiti pengirim juga akan dirahsiakan. Hanya kiriman di Facebook akan dibalas. Harap maklum. Terima kasih.

Dipetik dari laman : http://www.mohdsaifulbukhari.blogspot.com/

06 January 2010

KONTROVERSI KEGUNAAAN KALIMAH "ALLAH"



Setelah sekian lama menyepi di dalam dunia penulisan blog, saya akhirnya merasakan ingin kembali semulua di dalam dunia ini. Bukan berniat untuk menunjuk pandai tapi sekadar ingin kembali menyuarakan apa yang dirasakan dan sekadar meluahkan pendapat.

Saya akui, saya bukanlah penulis hebat seperti segelintir penulis blog, namun tidak salah rasanya saya meluahkan apa yang saya rasakan tanpa memilih untuk berpihak kepada mana-mana individu.

Sejak akhir-akhir ini, isu pengunaan kalimah 'Allah' begitu hebat diperkatakan di sana-sani. Ia bermula apabila pada 31 Disember lalu, keputusan mahkamah membenarkan majalah Herald The Catholic Weekly menggunakan nama Allah dalam penerbitannya, mengundang reaksi negatif banyak kelompok dalam masyarakat Islam.

Berikut adalah pendapat yang diberikan oleh Tun Mahathir berhubung isu ini yang dipetik dari Facebook beliau.

1. Ingin saya terangkan secara lebih terperinci pendapat saya berkenaan kegunaan kalimah "Allah" untuk agama yang bukan Islam.

2. Sebenarnya kontroversi ini bermula di waktu saya masih Perdana Menteri. Pendapat Kabinet pada masa itu ialah kegunaannya dalam kitab Injil adalah perkara yang sensitif. Perkara yang sensitif seperti ini tidak boleh diselesaikan dengan hanya merujuk kepada undang-undang.

3. Sebagai perbandingan agak mudah dirujukkan perkataan "kaum pendatang" kepada mahkamah, Tetapi ia adalah sesuatu yang sensitif yang tidak dapat diselesaikan oleh undang-undang.

4. Penyelesaian kontroversi berkenaan kalimah "Allah" juga tidak boleh dicapai dengan membuat rayuan kepada mahkamah rayuan. Undang-undang tidak mengambilkira soal sensitif atau tidaknya sesuatu, soal mencetuskan ketegangan dan permusuhan antara penganut-penganut agama yang berlainan. Undang-undang mengutamakan maksud undang-undang sahaja.

5. Sebenarnya kalimah "Allah" tidak terdapat dalam kitab Taurat atau Talmud Hebrew atau kitab Injil Kristian dalam bahasa Latin, Greek atau bahasa-bahasa Eropah. Nama bagi Tuhan dalam bahasa yahudi ialah "Yahweh", yang diterjemahkan kepada bahasa Inggeris sebagai "Jehovah".

6. Dalam kitab Injil, Jesus (Isa) dan God adalah sama. Tidak ada kalimah Allah dalam kitab Injil dalam bahasa-bahasa yang disebut di atas.

7. Dalam usaha menerangkan agama Kristian di kalangan orang Islam atau masyarakat yang mahir dengan agama Islam, perkataan God diterjemah kepada "Allah" supaya mudah difaham oleh pendengar.

8. Mungkin juga kalimah "Allah" dapat menyamakan agama Kristian dengan agama Islam kerana menyembah Tuhan yang sama. Dengan ini penerimaan agama Kristian oleh orang Islam boleh jadi lebih mudah. Terjemahan ini salah. Sepatutnya perkataan "Tuhan" digunakan untuk God.

9. Tetapi dalam agama Kristian terdapat konsep "Trinity" yang mana terdapat "God the Father, God the Son and the Holy Ghost". Jika dalam bahasa Melayu terdapat dalam kitab Injil atau syarahan berkenaan "Allah sebagai Bapak, Allah sebagai Anak dan Roh yang Suci", maka tentulah ini akan ditentang oleh orang Islam. Dalam Islam Allah tidak ada bapak, tidak ada anak. Ia tidak dilahirkan dan Ia tidak melahirkan sesiapa. Allah hanya satu. Ia tidak boleh disekutu dengan sesiapa.

10. Di Amerika Syarikat, orang Kristian yang sudah tidak teguh iman biasa berkata dan menulis, "God is dead". Apakah perasaan orang Islam apabila ini diganti denagn "Allah is dead"?

11. Di Semenanjung Malaysia kita tidak pernah mendengar orang Kristian menggunakan kalimah "Allah" apabila bercakap berkenaan God dalam bahasa Melayu. Kenapa pula kita sekarang akan mengguna kalimah ini?

12. Saya harap pihak Kerajaan berhati-hati dalam perkara ini supaya negara berbilang agama yang aman ini tidak menjadi tegang dan tidak stabil secara berterusan. Wallahua'lam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...