Showing posts with label 13 Mei. Show all posts
Showing posts with label 13 Mei. Show all posts

07 September 2013

Apakah Yang Kamu Mahukan @anwaribrahim




Bertahun lamanya Anwar Ibrahim menawan hati ramai pihak dengan karisma dan kebolehannya untuk bercakap. Namun begitu lama kelamaan rakyat Malaysia telah dapat melihat di sebalik lakonan Anwar Ibrahim.

Bukan sekali beliau mengamuk dan menunjukkan dirinya yang sebenar. Contohnya apabila beliau menulis di dalam laman twitter miliknya yang berbunyi “Apa lagi yang UMNO mahu?”. Ini menyebabkan perdebatan hebat tentang keperibadian Anwar dari kedua-dua belah pihak di dalam dunia politik Malaysia.

06 September 2013

Tanda Putera: DAP Yang Kejam, Kenapa Semua Cina Harus Terasa?




Media berbahasa Cina terus menerus memainkan isu Tanda Putera walaupun ia telah pun ‘selamat’ ditayangkan. Takut sungguh puak-puak Cina ini sekiranya anak-anak mereka mempelajari sejarah tanah air. Takut sekali sekiranya anak-anak mereka melihat keangkuhan DAP membawa kepada kemusnahan.

Justeru, berbagai-bagai komen dan kenyataan dibuat oleh media Cina untuk memastikan anak-anak mereka tidak menonton filem ini dan tidak mempercayai sejarah yang tertulis. Mereka menuduh filem ini sebagai membawa agenda politik UMNO untuk memburukkan DAP.  

03 September 2013

Unsur tersirat di sebalik Tanda Putera




Oleh : Abd Aziz Itar

Sebagai pembikin filem, Datin Paduka Shuhaimi Baba ketika ini bolehlah dikatakan menjadi mangsa segelintir ahli politik yang bukan sahaja buta sejarah. Malah, lebih parah lagi golongan itu belum bijak untuk membaca isi dan intipati di sebalik filem berjudul Tanda Putera arahan pengarah wanita tersebut.

Pihak Kerajaan Pulau Pinang kelmarin dan semalam menafikan mengharamkan tayangan filem itu yang dikatakan berbau perkauman. Adegan tidak sampai 10 minit yang memaparkan tragedi 13 Mei 1969 itu dijadikan isu utama pengharaman tayangan tersebut.

Tentunya pengumuman itu sesuatu yang amat mendukacitakan buat keseluruhan karyawan filem yang dibikin dengan kos keseluruhannya berjumlah RM4.7 juta itu. Mereka tentunya tidak sabar untuk melihat reaksi para penonton serta kesan penghayatan daripada tayangan karya terbabit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...