Media berbahasa Cina terus
menerus memainkan isu Tanda Putera walaupun ia telah pun ‘selamat’ ditayangkan.
Takut sungguh puak-puak Cina ini sekiranya anak-anak mereka mempelajari sejarah
tanah air. Takut sekali sekiranya anak-anak mereka melihat keangkuhan DAP
membawa kepada kemusnahan.
Justeru,
berbagai-bagai komen dan kenyataan dibuat oleh media Cina untuk memastikan
anak-anak mereka tidak menonton filem ini dan tidak mempercayai sejarah yang
tertulis. Mereka menuduh filem ini sebagai membawa agenda politik UMNO untuk memburukkan
DAP.
China Press pula
menulis bahawa filem ini tidak menjaga sensitiviti kaum Cina kerana
menggambarkan kaum Cina kejam dan tidak patriotik sementara polis pula
sebagai sabar dan pembela rakyat.
Sebenarnya pihak yang kejam dan tidak patriotik dalam
paparan sejarah 13 Mei ialah kaum Cina dari parti DAP yang membawa elemen
radikal, berjiwa komunis dan bercita-cita untuk merampas kuasa dari Melayu. Manakala
Cina-cina dari MCA dan selebihnya turut menjadi mangsa kekejaman mereka.
Akhirnya, tindak
balas dari orang-orang Melayu telah memerangkap semua bangsa di dalam tragedi
ini. Dalam keadaan terperangkap, ada kaum Cina yang membantu Melayu dan Melayu
yang membantu Cina. Senario ini dipaparkan dengan jelas dalam filem Tanda
Putera tanpa berat sebelah.
Orang-orang Melayu
bertindak balas terhadap DAP setelah menyedari niat DAP untuk merampas negara
ini dengan menghapus atau menghalau orang-orang Melayu. Manakala, pihak polis
dan kerajaan pula bertindak atas tanggungjawab menjaga keamanan negara dan
keselamatan rakyat tanpa mengira bangsa.
Justeru, secara
semulajadinya, yang sabar dan patriotik adalah pihak polis. Yang patriotik juga
adalah orang-orang Melayu yang ingin mempertahankan tanah air dari
dirampas.
Yang kejam dan tidak
patriotik tentulah Cina dari parti DAP terutamanya, kerana berniat merampas
kuasa dan membunuh orang-orang Melayu termasuk kaum Cina dan India yang dilihat
sebagai tidak bersama mereka. Niat untuk
merampas kuasa dengan sendirinya membuktikan bahawa mereka langsung tidak
menganggap negara ini sebagai negara mereka.
Berdasarkan hakikat
ini, kita hairan kenapa semua orang-orang Cina di Malaysia harus turut ‘takut’
dengan Tanda Putera jika mereka tidak bersalah? Kenapa mereka semua harus
merasa pedas jika tidak termakan cili? Apakah semua Cina-cina Malaysia
sebenarnya berkongsi cita-cita untuk merampas kuasa serta berpegang kepada dan
aspirasi komunisme DAP tahun 1969?
Jika tidak, tidak ada
sebab kenapa keangkuhan dan kekejaman DAP harus menyentuh sensitiviti semua
Cina-cina Malaysia. Dan tidak ada sebab kenapa mereka semua harus memboikot
Tanda Putera.
Namun, kita sendiri
tahu jawapannya iaitu Cina-cina Malaysia tidak mungkin akan menonton filem
Melayu tidak kira sama ada ia adalah filem yang menyentuh sensitiviti mereka
atau tidak, kerana mereka sememangnya masih bernafas dengan roh komunis DAP
tahun 1969.
No comments:
Post a Comment