Showing posts with label Abdul Khalid Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Abdul Khalid Ibrahim. Show all posts

31 January 2014

#PRKKajang Anwar Bakal Berdepan Dengan Jaguh Badminton, Chong Wei


KUALA LUMPUR - MCA telah menyenarai pendek calon yang akan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang, Selangor, kata Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata senarai calon itu akan diserahkan kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional(BN) dalam masa terdekat bagi membuat keputusan calon mana yang layak bertanding di kawasan itu.

23 January 2014

@AzminAli @Khalid_Ibrahim @faekah_qkn5 Gempar!!!! PKR Bersetuju Lucutkan Jawatan Khalid Sebagai MB Selangor


Kemelut perbalahan antara Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dengan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim nampaknya sudah hampir sampai ke kemuncaknya. Mungkin kerana telah lama bersabar dengan kerenah Khalid yang dikatakan semakin ‘hilang arah’, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dilaporkan telah membuat keputusan untuk menggantikannya dengan calon MB yang baru.

Menurut laporan yang di keluarkan oleh akhbar Sin Chew Jit Poh edisi petang, keputusan untuk menggantikan Khalid itu dibuat melalui satu mesyuarat MPP yang diadakan semalam. Laporan muka depan, akhbar berbahasa cina itu turut mengatakan Azmin adalah merupakan calon yang disebut-sebut bakal menggantikan Khalid menerajui Selangor.

22 January 2014

@AzminAli @Khalid_Ibrahim @faekah_qkn5 @drwanazizah Kena Pecat Dari PKNS, Azmin Mula Serang Khalid Gagap




Polemik perbalahan antara Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim seperti tiada penghujungnya. Terbaru Khalid memaklumkan isu pemecatan Azmin sebagai ahli lembaga pengarah, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kekal sehingga siasatan lanjutan mengenai diselesaikan.

Khalid melalui kenyataan medianya petang semalam seperti cuba untuk ‘lepas tangan’ apabila mengatakan pemecatan Azmin pada 8 Januari lalu telah dilakukan tanpa pengetahuannya.

09 January 2014

Demi Menjaga Hati Memimpin DAP, Khalid Ibrahim Beri ‘Tamparan’ Hebat Kepada JAIS


Pertama sekali, ada baiknya kita ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kerajaan negeri Selangor yang begitu prihatin dan peka dengan sensitiviti para pemimpin DAP yang marah dengan tindakan dengan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Ia ekoran dari tindakan JAIS pada 2 Januari lalu, yang melakukan serbuan dan merampas sebanyak 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah di serbuan di premis Persatuan Bible Malaysia di Jalan Gasing.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...