Showing posts with label JAIS. Show all posts
Showing posts with label JAIS. Show all posts

26 January 2014

@anwaribrahim @mpkotabelud Anwar Di Cabar Pinda Enakmen Agama Bukan Islam Di Selangor




Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Addul Rahman Dahlan mempertikaikan tindakan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang cuba menyalahkan Umno dan kerajaan Barisan Nasional berhubung kemelut kalimah Allah.

Menurutnya Anwar ketika menyampaikan ucapannya di Taginambur, Kota Belud semalam banyak menyentuh isu semasa termasuk kalimah Allah yang kononnya angkara Umno. Sedangkan semua isu tersebut berlaku di Selangor yang ditadbir oleh kerajaan pakatan rakyat.

10 January 2014

MAIS Tolak SOP, Khalid Ibrahim Terima Tamparan Hebat @Khalid_Ibrahim


Di saat hampir kesemua pimpinan pakatan rakyat dan kerajaan negeri Selangor yang menyalahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di atas tindakan yang dilakukan sebelum ini, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) semalam tampil membuat kenyataan mempertahankan tindakan itu.

Pengerusinya, Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa berkata, tindakan JAIS itu bukan kerana Bible berkenaan dicetak dalam bahasa Melayu tetapi atas dasar kalimah Allah digunakan dan perkara tersebut mengundang kepada satu justifikasi siasatan bagi mengenal pasti sama ada berlaku kesalahan di bawah Seksyen 9 Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988.

09 January 2014

Demi Menjaga Hati Memimpin DAP, Khalid Ibrahim Beri ‘Tamparan’ Hebat Kepada JAIS


Pertama sekali, ada baiknya kita ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kerajaan negeri Selangor yang begitu prihatin dan peka dengan sensitiviti para pemimpin DAP yang marah dengan tindakan dengan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Ia ekoran dari tindakan JAIS pada 2 Januari lalu, yang melakukan serbuan dan merampas sebanyak 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah di serbuan di premis Persatuan Bible Malaysia di Jalan Gasing.

08 January 2014

Hong Leong Nafikan Hak Orang Islam Solat


Sebuah bank komersial tempatan didakwa menafikan hak pekerjanya yang beragama Islam untuk mengerjakan solat di surau bank berkenaan sejak November tahun lalu.

Timbalan Presiden Kesatuan Pekerja Bank Kebangsaan (NUBE), Abdul Jamil Jalaludeen berkata, pihaknya kesal ekoran tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa dalam menangani isu tersebut.

04 September 2013

Akhirnya Janda Ashaari Mengaku Al-Arqam Sesat



Ummu Jah (tengah) dan pengikutnya berjanji untuk meninggalkan Aurad Muhammadiah.

“Saya mengakui sebelum ini mengamalkan ajaran sesat. Lafaz sumpah taubat secara rasmi masih belum dilaksanakan tetapi kita bersedia melakukannya di hadapan pihak berwajib.

“Tetapi daripada segi dasar saya dan kepimpinan akan kembali kepada fatwa serta menghebahkan kepada ahli untuk berbuat perkara sama,” kata Pengarah Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB), Hatijah Aam atau dikenali Ummu Jah.

Balu pengasas pertubuhan yang diharamkan pada 1994, Al-Arqam, Ashaari Muhammad ini semalam berikrar untuk patuh kepada fatwa dan dengan rela hati meninggalkan ajaran Aurad Muhammadiah. Beliau juga meminta masyarakat tidak mempersoal atau membuat andaian pengakuannya untuk kembali patuh kepada fatwa sebagai lakonan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...